40 Minggu

Berapa Lama ‘Gap’ Untuk Hamil Lagi? Ini Jawapan Pakar

4.6K
SHARES

Setiap pasangan berkahwin pasti mempunyai impian untuk memiliki anak. Tidak kira dikurniakan bayi perempuan atau lelaki, kehadiran si kecil sudah tentunya mewarnai kehidupan berumah tangga. Realitinya, ada yang cepat dan ada juga perlu tunggu bertahun-tahun untuk dikurniakan anak.

Lazimnya, selepas bersalin doktor akan menyarankan waktu selamat untuk hamil semula. Hal ini supaya dapat mengelakkan beberapa perkara yang tidak diingini berlaku. Nak tahu waktu selamat bila? Ikuti perkongsian Dr Muhammad Izzat di laman Twitternya.

Baca juga: Berapa Lama Susu Ibu Boleh Tahan Selepas Dipam? Rupanya Macam Ni…

BERAPA LAMA GAP UNTUK HAMIL LAGI? INI JAWAPAN PAKAR

“Berapa lama saya kena tunggu untuk mengandung lagi?” 

“Kena tunggu anak yang baru lahir ni umur berapa baru boleh mengandung lagi?”

Faktor yang perlu dilihat untuk buat keputusan yang baik – umur ibu, berapa ramai anak yang dimahukan, ada pape komplikasi semasa mengandung dan kelahiran anak yang sebelumnya, cara kelahiran?, ibu berjaya lose weight sebelum mengandung dan banyak lagi.

WHO menggariskan panduan : 33 bulan antara kelahiran (bermaksud anak sebelumnya berusia lebih kurang 3 tahun). Panduan ini boleh saya anggap bersifat conservative, dan banyak O&G berpendapat 3 tahun ni macam terlalu lama.

Biasanya akan advice patient – okaylah 2 tahun tu just nice and acceptable. Anak dah 2 tahun pun tak tentu lagi akan mengandung dalam masa terdekat kann?

Kalau ada caesar, dan nak cuba bersalin secara VBAC:

– 2 tahun recommended untuk kurangkan risiko parut pecah (scar rupture).

– Kalau kehamilan dan kelahiran terdahulu tiada masalah, boleh la try untuk mengandung lagi bila si kecik umur 1 tahun (kalau nak)

– Kalau tunggu 18 bulan ( 1 tahun 6 bulan ) umur anak tu – boleh kurangkan risk kelahiran pramatang.

KENAPA TAK DISARANKAN MENGANDUNG DEKAT-DEKAT?

  • Anemia disebabkan kurang zat besi
  • Tingkatkan risiko dapat kelahiran pramatang
  • Tak sempat nak kuruskan badan, dah mengandung lagi
  • Susu drop Kalau breastfeeding waktu mengandung
  • Saiz baby boleh mengecil

Warning sign paling penting, kalau pernah ada history kelahiran pramatang, saya sarankan space out sekurang-kurangnya 18 bulan.  Kalau women tu dah berumur, jarak 12 bulan boleh dipertimbangkan.

So jangan mengandung lagi kalau si kecil masih umur 6 bulan. Preferably jarakkan 12-18 bulan (depends on individual factors). Kalau tak ingat juga, take 2 years as magic number to space out your family.

Sumber: Twitter Dr Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×