40 Minggu

Berapa Lama Susu Ibu Boleh Tahan Selepas Dipam? Rupanya Macam Ni…

23
SHARES
cara simpan susu ibu

“Macam mana cara simpan susu ibu ya. Dah pam banyak ni…”

Buat pertama kali bergelar ibu, pasti perasaan teruja dan gembira wujud apabila berjaya mengepam sejumlah susu badan yang banyak untuk diberikan pada si manja. Ini kerana khasiat dalam susu badan ibu boleh membantu sistem imunisasi tubuh bayi.

Walau bagaimanapun, antara perkara yang sering bermain di fikiran adalah bagaimana cara simpan susu ibu yang telah dipam. Masih belum terlambat untuk para ibu belajar dan menambah ilmu mengenai susu ibu. Ikuti perkongsian Dr Muhammad Izzat di laman Twitternya.

Baca juga: [VIDEO] Pakar Kongsi 3 Kesalahan Ibu Selalu Buat Bila Guna ‘Breast Pump’

CARA SIMPAN SUSU IBU SELEPAS DIPAM, BARULAH TAHAN LAMA!

cara simpan susu ibu

SUHU BILIK

23 hingga 32 darjah celcius (susu boleh tahan 3 hingga 4 jam)

19 hingga 22 darjah celcius (susu boleh tahan 6 hingga 8 jam)

* Pastikan bekas susu sentiasa bertutup dan sejuk sejauh mana yang boleh.

COOLER BAG / ADA ICE PAX

15 darjah celcius (susu boleh tahan 24 jam )

*Kena pastikan bekas susu tu sentiasa bersentuhan dengan ice pax. Jangan kejap-kejap nak buka cooler bag tu.

DEEP FREEZER

Suhu kurang daripada -20 darjah celcius ( susu perahan boleh tahan 6 hingga 12 bulan lamanya )

*Saya nasihatkan simpan susu dalam bekas-bekas kecil, tulis tarikh bila susu tu disimpan. Susu yang mana masuk dulu, susu tu yang akan pakai dulu bagi dekat baby.

PETI AIS 1 PINTU- RUANG BIASA & FREEZER

Suhu kurang daripada 15 darjah celcius ( susu boleh bertahan selama 2 minggu )

*Jangan simpan susu kat pocket fridge

Kalau simpan susu ruang sejuk biasa:

Suhu kurang daripada 4 darjah celcius (susu boleh tahan 4 hingga 8 hari)

PETI AIS 2 PINTU, RUANG BIASA + FREEZER ASING

Suhu kurang daripada -18 (susu boleh tahan 3 hingga 6 bulan)

Semoga bermanfaat!

Sumber: Twitter Dr Muhammad Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×