40 Minggu

[VIDEO] Pakar Kongsi 3 Kesalahan Ibu Selalu Buat Bila Guna ‘Breast Pump’

12
SHARES

Ibu-ibu dekat luar sana pernah alami masalah payudara bengkak akibat susu tak? Payudara membengkak akibat susu boleh menjejaskan kesihatan diri seperti demam ringan kerana keadaan yang tidak selesa.

Antara cara untuk menangani masalah bengkak susu ialah dengan memberi bayi isap ataupun mengepam menggunakan breast pump. Tetapi perlu diingatkan, nak guna breast pump ada cara yang betul. Kalau salah, susu akan keluar dalam kuantiti sedikit sahaja.

Baca juga: Ibu Hamil Yang Aktif Boleh Kurangkan Risiko Penyakit Pada Bayi

PAKAR KONGSI 3 KESALAHAN IBU SELALU BUAT BILA GUNA BREAST PUMP

Menurut pakar laktasi di laman TikTok dikenali sebagai Nad Masrom, beliau menjelaskan tiga kesalahan tersebut sering terlepas pandang oleh ibu-ibu dan boleh menjejaskan proses mengepam.

breast pump

1. HANYA GUNA 1 JENIS MODE SAHAJA

Jika pam itu ada auto switch daripada mod stimulation kepada expression, kebanyakan ibu hanya guna mod expression sahaja. Hal ini akan menyebabkan penghasilan susu berkurang. Sepatutnya ibu lebih banyak menggunakan mod stimulation, kemudian tukar kepada mod expression.

2. GUNA LEVEL YANG TERLALU TINGGI

Gunakan level yang bersesuaian. Level tinggi tidak bermaknan susu akan keluar dengan cepat dan banyak tetapi akan memudaratkan penghasilan susu ibu.

3. TIDAK MELALUKAN MARMET SELEPAS MEMERAH

Apa yang berlaku ialah saluran susu ibu akan mudah tersumbat kerana pengeluaran susu tidak optimum. Jadi, pastikan selepas memerah ibu-ibu lakukan marmet untuk kedua-dua belah payudara.

VIDEO PENUH:

Sumber: TikTok Nad Masrom

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×