40 Minggu

Ibu Hamil Yang Aktif Boleh Kurangkan Risiko Penyakit Pada Bayi

18
SHARES

Pasti ramai yang masih beranggapan ibu hamil tidak harus bergerak secara aktif kerana risau bayi dalam kandungan. Kekal aktif bermaksud ibu harus harus melakukan senaman kerana dapat membantu tumbesaran bayi.

Menerusi perkongsian Public Health Malaysia, ibu mengandung yang kekal aktif akan dapat mengelakkan dan mengurangkan risiko pada bayi selain mampu menyihatkan tubuh badan kedua-dua individu.

Baca juga: 7 Tips Diet Untuk Ibu Hamil Ada Diabetes Amalkan

IBU HAMIL YANG AKTIF BOLEH KURANGKAN RISIKO PADA BAYI

Haa.. Satu lagi sebab mengapa anda perlu aktif walaupun anda sedang hamil. Baru-baru ini, para penyelidik telah menemui bukti bahawa senaman semasa hamil adalah baik bukan sahaja untuk ibu tetapi juga untuk bayi yang dikandung.

Dalam penyelidikan yang dibentangkan di Kongres Antarabangsa Persatuan Pernafasan Eropah ‘pada hari ini Ahad, Dr Hrefna Katrin Gudmundsdottir mengatakan bahawa kajian kepada 814 bayi, untuk pertama kalinya, menunjukkan perkaitan antara fungsi paru-paru bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif secara fizikal berbanding dengan yang dilahirkan oleh ibu yang aktif.

Dr Gudmundsdottir, seorang pakar pediatrik dan pelajar PhD di University of Oslo, Norway, mengatakan: “Kajian terdahulu menunjukkan individu dengan fungsi paru-paru rendah pada masa bayi mempunyai risiko asma, penyakit paru-paru obstruktif lain, dan fungsi paru-paru yang lebih rendah di kemudian hari.

“Dalam kajian kami, kami mendapati bahawa bayi yang dilahirkan oleh ibu yang tidak aktif lebih cenderung untuk berada di dalam kumpulan fungsi paru-paru yang tidak baik berbanding dengan bayi yang dilahirkan oleh ibu yang aktif.”

“Kami melihat pentingnya memberi nasihat kepada wanita hamil mengenai aktiviti fizikal. Walaubagaimanapun, kajian masih lagi perlu dilakukan dengan lebih mendalam di tambah dengan faktor-faktor lain bagi merungkai perkaitan ini dengan lebih baik.

Sumber: Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×