Asuh

Ketahui Jangka Hayat Botol Susu & Bekas Simpanan Susu Perahan Anda

221
SHARES

“Aduh, mahalnya barang-barang penyusuan badan ni. Pam susu saja dah beratus-ratus. Belum masuk botol susu dan pek-pek khas tu. Tak ada cara simpan EBM yang lagi jimat ke?”

Guna botol atau plastic storage? Bekas dadih? Mana yang menjimatkan? Mana yang memudahkan?

Perkongsian artikel kali ini adalah oleh Puan Afiqqah Sani yang mesra dengan gelaran Kak Yong. Semoga ia memberi manfaat kepada mereka yang sedang dalam proses menyusukan bayi atau bakal melakukannya pada masa hadapan.

Foto Kredit: jezebel.com

1. Plastik Aiskrim – Kalau Boleh Jangan Guna Langsung

Tidak kira anda guna cara bagaimana pun, satu saja Kak Yong nak pesan, JANGAN SIMPAN SUSU PERAHAN (EBM) DALAM PLASTIK AISKRIM. 

Kenapa?

1) Plastik aiskrim bukan diciptakan untuk menyimpan EBM anda.
2) Ia tidak steril. (Botol anak awak pun nak basuh bersih, nak rebus, nak steril semua. Tapi susu simpan dlm plastik aiskrim?)
3) Plastiknya nipis, kebarangkalian untuk pecah atau koyak lebih tinggi. Kontaminasi silang (cross contamination) boleh terjadi.

Mungkin bagi anda mudah dan jimat, tetapi yang mahu disimpan adalah bekalan anak anda. Titisan emas yang amat mahal. Susah payah dan jerih anda untuk mengepam dan simpan stok, maka haruslah menggunakan bekas yang sesuai. Jangan ambil mudah.

Foto Kredit: mudah.my

2. Bekas Dadih – Paling Elok Sekali Guna Saja

Seeloknya untuk satu kali penggunaan sahaja. Ada yang kata maksimum 2-3 kali. Nak senang, lihat label di bawah bekas. Elakkan dari menggunakan bekas dengan no 3, 6 dan 7.

Bekas yang selamat adalah bekas dengan kod 5 kerana diperbuat dari polypropylene.

3. Storage Bag – Hanya Untuk Sekali Penggunaan

Sekali penggunaan, lepas guna terus buang. Plastik ini sedia ada disteril. Boleh isi sebanyak mana yang anda mahu. Bergantung kepada cara penyimpanan.

Ada storage bag yang boleh digunakan semula, antaranya dari jenama Cherub Nuby (boleh digunakan 2 kali saja). Tapi harganya agak mahal sedikit, mungkin lebih kurang RM80+ untuk 20 beg.

Tips Simpan EBM Dalam Storage Bag Untuk Menjimatkan Ruang:

i) Untuk beg 12 oz, simpan tak lebih dari 7oz, manakala untuk beg 7 oz tidak melebihi 3 oz. Mungkin ada yang kata banyak gunakan beg. Tapi ini untuk memudahkan anda simpan susu dan senang check tarikh.

ii) Setelah simpan susu, labelkan guna sticker atau masking tape, elakkan tulis secara direct pada plastik.

iii) Buang angin yang berlebihan dalam beg tersebut. Leperkn dahulu dalam freezer.

iv) Bila dah leper dan keras, baru susun di tempat yang anda inginkan.

4. Botol Susu – Jangan Lebih 6 Bulan

Disarankan tidak melebihi 6 bulan. Tetapi bergantung kepada kekerapan penggunaan dan rotation botol tersebut juga. Jika anda mempunyai botol yang banyak, large rotation, boleh guna lebih daripada 6 bulan, tapi pastikan tiada calar dan sebagainya.

Jika botol anda sedikit, small rotation, sekiranya dah ada calar dan sebagainya dinasihatkan untuk tukar walaupun belum sampai 6 bulan. Selain itu, perhatikan juga nombor pada jangka ukur. Kalau dah pudar, eloklah digantikan dengan botol susu yang baru.

cara simpan ebm

Perlu Diganti Selalu Demi Kesihatan Bayi

Memang tidak terkira storage bag yang telah dibuang, sebahagian juga disedekahkan dan diguna semula untuk DIY. Banyak juga botol yang hilang, dan banyak juga yang disimpan. Mempunyai lebih daripada 50 botol, mungkin mencecah ratus, mungkin… Saya tidak ingat. Semuanya semasa ‘zaman kegemilangan’ dahulu.

Apa pun, demi kesihatan bayi, kita tak boleh memandang ringan dan terlalu berjimat dalam hal ini. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

cara simpan ebm

Amalkan Cara Simpan EBM Yang Betul

Kak Yong menyokong penyusuan susu ibu, penggunaan ergonomik carrier, penggunaan cloth pad, cloth diaper, dan lain-lain. Apa pun, semua ini memerlukan ilmu agar ia dapat dilakukan dengan cara yang betul dan tepat.

Selain itu, ia juga memerlukan kerjasama dan komitmen daripada pasangan supaya mereka juga dapat membantu dan menyediakan kemudahan atau keperluan untuk isteri mereka. Mudah-mudahan sama-sama saling melengkapi dan menjadi insan yang lebih supportive.

*Artikel asal tentang cara simpan EBM oleh Puan Afiqqah Sani ini diterbitkan semula dengan kebenaran beliau. Untuk pertanyaan dan tips-tips lain yang berkaitan, follow beliau di SINI.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×