Sihat

Awas, Ini 9 Jenis Makanan Yang Tak Patut Dipanaskan Dalam Microwave

4.2K
reads

Zaman sekarang semuanya nak cepat. Kalau panaskan makanan, lebih mudah gunakan microwave saja, tak perlulah nak basuh kuali nanti. Siap ada resepi masakan untuk microwave seperti kek, puding dan lauk-pauk.

Namun begitu, bukan semua makanan sesuai untuk dipanaskan dalam microwave. Ada juga makanan yang tidak sesuai dipanaskan lebih-lebih lagi jika tidak disimpan dengan betul.

9 Jenis Makanan Yang Tak Patut Dipanaskan Dalam Microwave

1. Daging Beku

‘Defrost’ daging beku menggunakan microwave memang cara termudah terutamanya jika terlupa untuk keluarkan dari peti ais bila nakmasak. Namun begitu, cara ini bukanlah terbaik kerana bahagian luar cenderung menjadi masak manakala bahagian tengah kekal beku, lebih-lebih lagi apabila microwave tidak berputar.

Hal ini membuatkan bakteria mudah membiak pada daging. Namun, jika anda kesuntukan masa dan terpaksa menggunakan cara ini, pastikan daging terus dimasak sebaik saja ia siap ‘defrost’. 

Cara terbaik dan paling selamat untuk ‘defrost’ ialah mengeluarkan daging beku beberapa jam sebelum masak supaya daging mencair dengan suhu bilik biasa. Elakkan juga menyimpan semula daging yang telah ‘defrost’. Sebaiknya, asingkan mengikut kuantiti yang biasa dimasak semasa menyimpan dalam peti sejuk.

Makan daging merah yang segar

2. Susu Badan

Memanaskan susu badan dalam microwave bukan sahaja membuatkan suhunya tidak panas sekata, malah kajian juga mendapati cara ini membuatkan tahap nutrisi semulajadinya berkurangan dengan banyak.

Cara paling mudah memanaskan susu badan ialah dengan meletakkan susu di dalam bekas air suam sehingga mencapai suhu yang sesuai atau menggunakan warmer yang khusus untuk botol susu.

Simpan dan susun 'breast milk' elok-elok dalam peti sejuk

3. Telur Rebus

Jika mahu panaskan telur rebus, jangan letakkan telur yang belum dikupas ataupun telur tanpa dipotong. Kalau tidak meletup dalam microwave, mungkin telur itu akan meletup di dalam pinggan apabila dikeluarkan.

Perkara ini berlaku kerana, apabila telur rebus yang dikupas atau tidak, haba di dalam microwave akan mewujudkan tekanan di dalam telur dan menunggu masa sahaja untuk meletup. Oleh itu, jika mahu panaskan telur rebus, lebih baik di potong terlebih dahulu.

Beli telur yang berkualiti, mahal sedikit tidak mengapa

4. Kuah Yang Pekat

Apabila kuah pekat seperti kuah pasta, sambal, atau kuah kacang dipanaskan, mungkin ada kedengaran bunyi meletup-letup di dalam microwave. Bunyi itu sebenarnya terjadi apabila haba terkumpul di dalam kuah dan sukar untuk tersebar kerana kepekatannya.

Akibatnya, habislah terpercik-percik kuah di dalam microwave dan satu kerja pula anda kena membersihkannya. Cara terbaik ialah untuk memanaskan di atas api saja dan dikacau dengan sekata.

Foto Kredit: huffingtonpost.uk

5. Sosej & Daging Berproses

Kita sedia maklum bahawa daging diproses seperti sosej, burger, dan seumpamanya tidak bagus untuk kesihatan. Bahkan, kajian juga membuktikan bahawa kualitinya akan lebih teruk jika dipanaskan semula di dalam microwave setelah dimasak.

Apabila melalui proses dimasak, disimpan dan dipanaskan semula, kolesterol tidak baik akan bertambah dalam daging tersebut. Kaedah ini boleh memudaratkan sel salur darah dan boleh menyumbang kepada sakit jantung.

cara memanaskan makanan

6. Kentang

Adalah terbaik untuk makan kentang apabila sedang panas-panas. Hal ini kerana apabila kentang dibiarkan sejuk pada suhu bilik, keadaan ini akan menggalakkan pertumbuhan bakteria botulism, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Mirror.

Kaedah memanaskannya di dalam microwave juga tidak dapat membunuh bakteria ini. Oleh itu, simpan lebihan kentang yang sudah dimasak segera di dalam peti sejuk.

cara memanaskan makanan

Foto Kredit: fountainavenuekitchen.com

7. Cendawan, Bayam, Dan Saderi

Sayur cendawan hendaklah dimakan dengan segera selepas dimasak kerana kadar proteinnya berkurangan dengan mendadak. Jika disimpan dan dipanaskan, maka akan lebih berkurangan kualiti proteinnya.

Sayur bayam dan saderi juga tidak elok dipanaskan di dalam microwave kerana apabila dipanaskan, kandungannya boleh berubah menjadi toksik dan boleh membahayakan kesihatan.

Foto Kredit : cosmopolitantoday.com

8. Makanan Dalam Bekas

Memang selalu kita memanaskan makanan yang dijual di dalam bekas seperti styrofoam, kotak, bekas plastik dan sebagainya dalam microwave. Seeloknya tukarkan ke dalam pinggan dulu sebelum dipanaskan kecuali jika bekas tersebut dilabelkan dengan ‘microwavable product’.

Kalau boleh, jangan jadikan memanaskan makanan sebagai tabiat kerana makanan ini sepatutnya dimakan dengan segera. Bahan daripada plastik dan bekas tersebut boleh mencair, terbakar, atau membebaskan bahan yang beracun ke dalam makanan anda.

9. Ayam / Lauk Ayam

Menurut kajian, memanaskan ayam di dalam microwave akan mengubah komponen proteinnya dan seterusnya membuatkan sistem penghadaman tidak lancar.

Langkah terbaik ialah memanaskan lauk ayam di atas api supaya benar-benar panas keseluruhannya supaya selamat dimakan.

resepi pes

Foto Kredit: indianhealthyrecipes.com

Memanaskan Makanan Dengan Microwave Hanya Bila Perlu

Memanaskan dengan microwave bukan menjadi masalah asalkan kita tahu makanan apa yang sesuai dan cara memanaskan makanan yang betul. Pastikan microwave mempunyai putaran yang sekata supaya makanan dapat dipanaskan dengan sekata.

Amalan menghabiskan hidangan tanpa perlu disimpan adalah tabiat yang terbaik supaya kita mendapat nutrisi yang penuh dan lebih segar berbanding tabiat suka memanaskan makanan. Dengan cara ini juga, amalan membazir dapat dielakkan.

Yang Popular

To Top