Advertorial

7 Tips Elak Sakit Jantung, Nasihat Daripada Pakar Jantung

3.9K
SHARES

“Penyakit jantung tidak mengenal usia. Ada lelaki berusia semuda 28 tahun dah alami sakit jantung, manakala perempuan berusia semuda 32 tahun pun ada yang dah kena. Maka, seeloknya ketahui risiko dan amalkan tips elak sakit jantung seawal mungkin.”

Berikut merupakan amaran daripada Dr. Mahmood Sabruddin Zulkifli, Pakar Perunding Kardiologi & Perubatan Dalaman yang kini berkhidmat di DEMC Specialist Hospital Shah Alam. Banyak pengalaman yang beliau lalui sepanjang tempoh 15 tahun menjadi doktor, dengan purata berjumpa 25 pesakit setiap hari & 15-20 kes angiogram setiap minggu.

dr_mahmood

Dr. Mahmood / Foto Kredit: demc.com.my

Beliau sudi meluangkan masa & ingin berkongsi tips-tips berikut untuk kesejahteraan kita semua.

Bagaimana Nak Tahu Seseorang Itu Ada Sakit Jantung Atau Tidak?

Kalau nak tahu, jom kita tengok apakah simptom-simptom yang biasa untuk sakit jantung seperti berikut:

  1. Ketidakselesaan pada leher, rahang, bahu, atas belakang atau abdomen
  2. Nafas berasa pendek
  3. Sakit pada sebelah atau kedua-dua belah tangan
  4. Loya atau muntah
  5. Berpeluh
  6. Ringan kepala atau pening
  7. Keletihan luar biasa

Kalau anda ada petanda-petanda seperti di atas, ini adalah simptom bagi sakit jantung.

cara-mencegah-serangan-jantung-mendadak

Foto Kredit: seranganjantung.org

2 Faktor Risiko Umum Sakit Jantung

1. Faktor Risiko Tak Boleh Ubah (Irreversible)

  • Sejarah keluarga – Penyakit ni biasanya disebabkan keturunan, kalau ibubapa anda pernah menghidap sakit jantung, risikonya meningkat
  • Lelaki lebih berisiko berbanding perempuan
  • Semakin berumur, semakin meningkat risiko

2. Faktor Risiko Boleh Ubah (Reversible)

  • Diabetes – Boleh dikawal dengan kurangkan gula & mengambil ubat
  • Kehidupan sedentari / tidak aktif – Pastikan anda kembali aktif dengan kurangkan duduk, selalu berjalan, melakukan senaman & bersukan
  • Tekanan darah tinggi / hipertensi – Kurangkan gula
  • Merokok – Berhenti merokok jalan terbaik
  • Stres – Kurangkan stres dan belajar pengurusan stress
food pyramid

Foto Kredit: myhealth.gov.my

7 Tips Elak Sakit Jantung

Dah kenal 7 simptom sakit jantung, jom kita tengok 7 tips elak sakit jantung pula seperti berikut:

1. Lakukan saringan kesihatan

Kalau boleh saringan kesihatan jantung 2-3 tahun sekali. Jangan tunggu bila dah sakit, baru nak pergi dapatkan khidmat nasihat pakar.

2. Kenali faktor risiko anda

Boleh rujuk kepada faktor-faktor risiko umum sakit jantung seperti di atas. Jika anda berisiko tinggi, sila berhati-hati.

3. Kekalkan berat badan ideal

Kegemukan atau obesiti adalah punca kepada kebanyakan penyakit merbahaya seperti diabetes, tekanan darah tinggi dan bermacam-macam lagi. Ini adalah tips elak sakit jantung yang sangat penting.

4. Amalkan diet yang sihat

Jaga pemakanan anda dan kalau boleh kurangkan makanan berkarbohidrat tinggi seperti nasi. Kalau boleh ikutlah piramid makanan yang disyorkan.

5. Berhenti merokok

Bagi perokok-perokok di luar sana, berhentilah tabiat tidak sihat ini. Tips elak sakit jantung ini mungkin tidak begitu mudah bagi perokok tegar.

Namun, bukan sahaja badan anda akan menikmati kesannya, orang di sekeliling anda pun pasti menghargainya.

6. Kekal aktif

Dengan gaya hidup yang sedentari terutama sewaktu waktu bekerja, ramai di antara kita yang duduk sahaja di depan komputer selama berjam-jam lamanya. Cuba bangun setiap 30 minit dan berjalan sedikit sebelum sambung membuat kerja anda.

7. Belajar CPR

Biasa kita tengok di dalam filem atau pun drama siri, apabila seseorang itu sakit jantung dan rebah; akan ada seseorang yang akan melakukan CPR bagi menyelamatkan nyawa pesakit tersebut.

*Tips Bonus – Eh ada bonus pula? Dari segi aspek kesihatan, ‘mencegah lebih baik daripada merawat’ adalah sangat benar. Selain daripada mendapatkan khidmat Dr. Mahmood setelah terkena serangan sakit jantung, adalah lebih baik kita mencegahnya dengan mengamalkan tips elak sakit jantung di atas.

Ambil langkah proaktif sekarang, dengan menjadualkan saringkan kesihatan anda di DEMC Specialist Hospital hari ini.

tips elak sakit jantung

Foto Kredit: demc.com.my

Akhir Kata,

Pesanan dan harapan Dr. Mahmood adalah bagi rakyat Malaysia mula sedar kepentingan kita jalani gaya hidup yang sihat, kenali faktor risiko masing-masing dan nikmati kehidupan sebaiknya.

Seperkara lagi, jangan suka dengar percakapan orang di sekeliling anda seperti makan ubat ini ada kesan tidak baiknya, takut untuk ke hospital kerana khuatir benda buruk akan terjadi, atau percaya bahawa perubatan moden ini tidak berlandaskan Islam. Banyak kajian telah dijalankan dan terbukti selamat & patuh syariah. Sebaliknya, jangan terlalu taksub kepada minuman ajaib yang boleh menyembuhkan semua jenis penyakit.

Demikianlah nasihat pakar seperti Dr. Mahmood yang berpengalaman luas di dalam bidang kardiologi demi kesejahteraan kita semua. Apa-apa pun, kita hanya berusaha dan Allah yang menentukan.

Jom kita tengok pula perkhidmatan yang tersedia di DEMC Specialist Hospital yang boleh membantu mereka menyaring, merawat dan memberi tips elak sakit jantung yang lebih spesifik dan sesuai dengan keadaan anda.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×