Famili

Selain Diminum, Ini 7 Fungsi ‘Magik’ Susu Ibu Yang Ramai Tak Tahu

1.1K
SHARES

“Wah, memang berkesan sungguh petua letak susu ibu pada kesan gigitan nyamuk di kaki Aisy. Tak sangka ia berfungsi macam magik! Dengar kata ada banyak kegunaan susu ibu. ‘Excited’ pula nak cuba yag lain.”

Tahukah anda, ada banyak kegunaan susu ibu selain untuk diminum. Seperti yang kita tahu mengandungi pelbagai khasiat dan bersifat antibakteria. Maka, tidak hairanlah ia mempunyai kuasa penawar yang menakjubkan bukan saja kepada bayi, tetapi juga ibunya, malah sesiapa sahaja.

Tips banyakkan susu ibu

Foto Kredit: istockphoto.com

7 Kegunaan Susu Ibu Yang Ramai Tak Tahu

Berikut adalah 7 lagi kegunaan susu ibu yang luarbiasa selain untuk diminum oleh bayi.

1. Melegakan Kesan Gigitan Nyamuk

Jika ada kesan gigitan nyamuk atau kegatalan akibat sengatan serangga, anda boleh menggunakan susu ibu sebagai penawar. Caranya mudah, cuma titiskan beberapa titik susu ibu dan biarkan seketika. Apabila hampir kering, bilaskan dengan air bersih. Kegatalan akan hilang dengan cepat!

Selain itu, ia membantu menghilangkan parut dan mengembalikan keadaan kulit kepada asal.

gigitan-nyamuk-bayi

Foto Kredit: magistramama.cz

2. Kurangkan Sakit Tumbuh Gigi (‘Teething’)

Kalau anak kecil mula meragam akibat tumbuh gigi, mereka tentu suka mengunyah benda yang sejuk, bukan?

Salah satu alternatif yang mudahuntuk mengatasinya adalah dengan membuat aiskrim susu daripada susu perahan (EBM). Cuma tuangkan susu perahan ke dalam acuan aiskrim dan bekukan. Jika tiada, anda boleh juga menggunakan penutup puting seperti dalam gambar di bawah.

Aiskrim istimewa ini bukan saja melegakan, tetapi juga memiliki segala khasiat susu ibu!

Foto Kredit: redtri.com

Foto Kredit: redtri.com

3. Melembapkan Bibir Yang Kering

Jika bibir bayi kelihatan kering atau luka, anda boleh melembapkannya dengan sedikit titisan susu ibu. Mudah, bukan? Ia amat berkesan untuk bayi dan juga untuk orang dewasa.

petua merahkan bibir

Foto Kredit: noihirek.hu

4. Menyembuhkan Luka / Lecur

Dengan sifat antiseptik semulajadi yang dimiliki, susu ibu boleh disapukan kepada kesan luka atau melecur yang kecil dengan menggunakan kapas. Kemudian, biarkan ia hingga mengering.

Menurut sebuah jurnal kajian, antibodi IgA yang terkandung di dalamnya dapat mengelakkan kuman daripada terbentuk sekaligus mempercepatkan penyembuhan.

kegunaan susu ibu

Foto Kredit: tesco-baby.com

5. Atasi Puting Melecet

Apabila anda mengalami kesakitan puting payudara melecet, manfaatkan kegunaan susu ibu sebagai sumber yang paling mudah dan berkesan untuk mengatasinya. Caranya mudah, selepas selesai menyusu badan, titiskan beberapa titik susu anda pada puting. Kemudian biarkan ia mengering seketika.

Apabila puting melecet, anda lebih terdedah kepada bakteria yang boleh mengakibatkan mastitis. Kandungan susu ibu yang bersifat antibakteria sangat baik untuk melawannya daripada berlaku.

Foto Kredit: botaebebave.com

Foto Kredit: botaebebave.com

6. Mengurangkan Ekzema / Ruam Lampin

Kegunaan susu ibu yang satu ini telah diteliti melalui kajian dalam Journal of Pediatric Dermatology 2013. Para pengkaji mendapati susu ibu dapat merawat ruam lampin seperti ubat hidrokortison yang dipreskripsikan.

Jadi, anda boleh cuba menyapukan sedikit susu ibu pada ruam tersebut untuk membantu melegakan kerengsaan kulit yang dihadapi.

10 Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi. Petua & Tips Mudah!

Foto Kredit: huffingtonpost.com

7. Menghilangkan Kerak Kepala Bayi (‘Cradle Cap’)

Daripada membelanjakan wang yang mahal untuk membeli pelbagai jenis losyen dan minyak organik, cuba petua ini terlebih dahulu.

Hanya sapukan beberapa titis susu badan kepada bahagian kepala bayi yang berkerak dan biarkan ia mengering. Kemudian bilaskan seperti biasa.

Untuk kesan yang lebih efektif, anda boleh memandikan bayi dalam mandian susu ibu. Caranya, campurkan air suam mandian dengan secawan susu badan (atau lebih) hingga air bertukar warna keputihan. Kemudian, cucikan kepalanya dan mandikan bayi seperti biasa. Mandian susu ini juga dikatakan boleh mengurangkan masalah ruam dan kegatalan pada tubuh bayi.

kegunaan susu ibu

Foto Kredit: mommyhood101.com

Magiknya Kegunaan Susu Ibu!

‘Mahal’ sungguh titisan emas yang dikurniakan kepada para ibu. Jadi, manfaatkanlah susu ibu ini sebaiknya.

Anda tak perlu risau kesan sampingan kerana ia 100% semulajadi!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×