Asuh

5 Bahaya Bila Anak Cuma Mahu Minum Susu, Tak Nak Makan!

2.5K
SHARES

“Aduhai Si Rania ni. Bagi makan apa saja diludahnya semula. Pening kepala memikirkan menu yang sesuai. Kalau minum susu, laju betul. Apa nak buat dengan bayi susah makan ni? Bahaya tak agaknya?”

Ada bayi yang memang akan masuk mulut untuk mencuba apa saja jenis makanan yang dihulurkan. Tapi, hanya ibunya yang faham betapa sukarnya nak menyuap makanan ke mulut anak yang sangat cerewet!

Silap hari bulan, kita yang stres dan berputus asa untuk menyediakan makanan apabila si kecil asyik membuat muka ‘pelik’ dan loya apabila dipaksa menelan masakan kita.

Tapi, jangan cepat berasa ‘lega’ kalau mereka tak mahu makan dan bergantung pada susu untuk kenyang.

6 Tips Bercerai Susu Botol. Susu Badan? Ada Petua?

Foto Kredit: nappytimes.wordpress.com

Anak Perlu Diajar Untuk Makan ‘Makanan Sebenar’

Pada usia 6 bulan, anak sudah sepatutnya diperkenalkan kepada makanan pelengkap.

Pada awalnya, memang biasa kalau anak susah makan dan belum biasa dengan rasa makanan lain selain susu.

Walaupun kita digalakkan untuk menyusukan anak hingga berumur 2 tahun, si kecil masih perlu didedahkan kepada pelbagai makanan.

5 Bahaya Kalau Anak Tak Mahu Makan Dan Bergantung Minum Susu

Menurut CBS News, anak yang berusia 2 tahun hanya memerlukan 2 gelas susu sehari. Pengambilan susu berlebihan boleh mendatangkan bahaya, lebih-lebih lagi bagi anak yang tidak menyusu badan.

Ini 5 risikonya:

1. Tak Cukup Nutrisi

Susu bukanlah pengganti nutrisi bagi apa pun jenis makanan. Keperluan seimbang ini perlu datang daripada pelbagai makanan.

Malah, portal HealthyEating ada merungkai bahawa salah satu risiko anak kecil yang terlalu banyak minum susu adalah kekurangan zat besi.

Berbeza daripada tanggapan kebanyakan pihak, sumber tersebut menegaskan bahawa susu, terutamanya susu formula atau susu lembu sebenarnya boleh menghalang penyerapan zat besi dalam tubuh anak kecil.

susu-formula-bayi-anak-kecil

2. Lebihan Kalori

Sungguhpun kita sedia maklum bahawa susu dan produk tenusu mengandungi kandungan protein, kalsium, magnesium, folat, dan vitamin, ia juga akan menambah kalori dalam tubuh.

Lebihan kalori ini boleh membawa kepada pelbagai risiko lain yang mungkin akan menjejaskan kesihatan dalam jangka masa panjang.

Antaranya termasuklah obesiti, penyakit jantung, dan kencing manis.

Cara makan sihat

Foto Kredit: rosarossaonline.org

3.  Bayi Susah Makan, Cerewet, Makin Memilih

Ekoran daripada lebihan kalori tadi juga, anak akan sentiasa berasa kenyang dan menolak untuk makan.

Malah, jika dilihat dari sudut pandang psikologi pula, anak yang asyik minum susu ini akan menolak ‘solid food’ dan hanya inginkan makanan cair saja.

Jadi, tidak hairanlah kalau keadaan ini akan berterusan hinggalah anda mengurangkan jumlah susu yang mereka minum dalam sehari.

anak kurang makan

Foto Kredit: xnet.ynet.co

4. Lewat Perkembangan

Menurut pendapat pakar melalui BabyCentre, tindakan mengunyah makanan adalah penting untuk menguatkan otot rahang bayi.

Otot ini bukan saja membantunya makan dengan baik, tetapi bayi juga akan menggunakan otot ini untuk membantunya bercakap.

6 Jenis Makanan Kanak Kanak Yang Sihat & Sesuai. Pasti Digemari & Disukai!

Foto Kredit: parentdish.co.uk

5. Kerosakan Gigi

Susu formula kebanyakannya mengandungi gula. Seperti yang dinyatakan melalui laman kesihatan HealthyChildren.org, susu formula ini adalah salah satu punca kerosakan gigi yang boleh terjadi seawal usia bayi.

Gula yang terkandung dalam susu ini akan berubah kepada asid oleh bakteria di dalam mulut si kecil. Asid inilah yang akan menjadikan gigi reput dan rosak.

Ubah Pola Makanan Langkah Demi Langkah

Walaupun tidak kurus, masih lincah dan tetap pintar, janganlah kita memandang ringan apabila bayi susah makan dan hanya ingin bergantung kepada susu.

Cuba pelbagaikan hidangan, tekstur, dan jenis makanan yang diberi kepada si kecil.

Kalau kita telahpun mengurangkan pemberian susu kepada bayi susah makan, jangan khuatir.

Lambat laun, si kecil akan membiasakan diri dengan pola makanannya yang baru.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×