Famili

Cara Menyediakan Makanan Bayi Berkhasiat Untuk Ibu Yang Super Sibuk

13.8K
reads
makanan bayi berkhasiat

Dimasak dengan kasih sayang
Dizikirkan supaya menjadi anak hebat, soleh, taat pada Allah dan ibu bapa
Mari ketepikan bijirin segera
Untuk ibu yang sibuk
Makanan bayi berkhasiat boleh disimpan dalam ‘freezer’
Kalau nak makan, panaskan saja
Tadaaaa…

Inilah perkongsian daripada Puan Nor Dahlia, seorang ibu yang sangat sibuk! Samalah macam ramai lagi ibu di Malaysia dan di seluruh dunia. Namun, kesibukan tidak membataskannya daripada menyediakan makanan bayi berkhasiat untuk anak kesayangannya.

Makanan bayi berkhasiat ini turut sesuai untuk dihantar kepada pengasuh kerana ia hanya perlu ditambah air panas atau di masak atas api selama sekitar 4-5 minit.

1. Resepi Puree Buah-buahan Dan Sayuran Beku

i) Lenyekkan buah-buahan mengikut kombinasi pilihan anda. Kalau sayuran yang keras seperti lobak merah, rebuskan atau stim terlebih dahulu. Gunakan pengisar untuk memudahkan kerja.

1

3

 

ii) Kemudian, isikan dalam bekas ais seperti dalam gambar. Lebih elok cari yang berpenutup atau tutupkan dengan plastik bersih semasa disimpan dalam ‘freezer’.

iii) Apabila ingin digunakan, puree akan dibiarkan cair sendiri terlebih dahulu. Contohnya, jika bayi akan makan jam 12 tengahari, jam 9 pagi ia akan dikeluarkan dari ‘freezer’.

iv) Kemudian, panaskan apabila menjelang waktu makan. Letakkan puree dalam mangkuk atau bekas bebas BPA. Rendamkan dalam air panas selama sekitar 4 minit, bergantung kepada kuantiti.

Tips:
*Puree beku tahan disimpan sehingga 3-4 bulan.

*Puan Dahlia mencadangkan agar ia disimpan dalam bentuk kiub supaya senang dianggarkan jumlah yang diberi untuk bayi setiap kali makan.

*Puree yang telah dibekukan tidak elok dicairkan dan dibekukan semula banyak kali.

2. Resepi Bubur Bayi Sihat & Ekspres

Bijirin nasi ini sesuai utk bayi berumur umur 7-9 bulan. Cara ini memudahkan anda untuk buat bubur anak, seakan-akan bijirin segera yang dibeli dalam tin di pasaraya. Yang bezanya, tiada pengawet dan bahan perasa. Semuanya bahan segar dan semulajadi yang diyakini!

Dengan menggantikan beras perang daripada beras biasa, ia dapat menyumbang kepada kesihatan daripada pelbagai segi. Bagi bayi pula, ia menjadi makanan ruji yang amat baik dan sumber karbohidrat yang sihat kerana mengandungi nutrien yang baik seperti vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium.

makanan bayi berkhasiat

Cara buat bijirin menggunakan beras perang

 

Cara Menyediakan:

1) Basuh beras perang sehingga bersih. Rendamkan selama 24 jam pada suhu bilik. Tukar air setiap setengah jam untuk mengelakkan beras jadi masam.

Sebelum tidur, tukar air rendaman sebelum dimasukkan dalam peti ais.

2) Keesokan harinya, tos kan air. Tunggu 3 jam sebelum disangai (goreng tanpa minyak).

3) Sangaikan sehingga beras menjadi perang pekat sedikit berbanding warna asal. Kisar dalam ‘blender’ sampai halus.

Untuk bayi 7 bulan, mulakan dengan tekstur yang halus. Apabila masuk 9 bulan, bolehlah biasakan dengan tekstur yang lebih kasar.

4) Ayakkan macam ayak tepung.

5) Simpankan dalam peti ais sebelum digunakan.

 

3. Resepi Bubur Bijirin Oat

Kalau nak tukar selera, bolehlah buat bubur bijirin oat pula. Kadang-kadang bosan juga kalau asyik makan nasi, kan?

Bubur bijirin oat pun boleh dibuat sendiri di rumah. Seakan-akan ‘nestum’, tetapi ini versi organik dan tiada pengawet. Sumber yang segar dan lebih berkhasiat, lebih-lebih lagi kalau anda menggunakan oat daripada sumber organik. Oat organik ini boleh dibeli di pasaraya, cubalah cari di bahagian bijirin, selalunya akan ada oat organik.

Bagi orang dewasa, oat ini memang dianjurkan kerana ia membantu menurunkan paras kolesterol. Tetapi, bagi bayi, ia adalah sumber serat yang baik, meningkatkan sistem imun badan, dan bagus untuk kesihatan jantung. Jadi, kalau sembelit, bolehlah cuba berikan bayi makan oat.

Bahan-bahan 

Organic rolled oat (jangan guna yang instant)
Lemon
Tepung gandum
Air masak

*Nisbah bahan: Satu cawan oat + satu sudu tepung + sesudu lemon + satu cawan air

4

Cara Menyediakan

1. Rendam semua bahan selama minimum 12 jam (Suhu bilik pun boleh, tapi lebih elok kalau dibiar dalam peti sejuk.)

2. Toskan selama 12 jam (Memang lama sebab oat menyerap air. Jadi, agak lama untuk biarkan oat betul-betul kering untuk proses sangai.)

3. Goreng tanpa minyak sehingga oat betul-betul kering. (Proses ini juga mengambil masa yang agak lama.)

4. Apabila sejuk, kisarkan menggunakan ‘blender’.

5. Ayak mcm ayak tepung.

6. Siap! Cuma tambahkan air panas kalau anda ingin menggunakannya nanti. Mudah kan?

*Nota kaki:
Rendam dgn lemon and tepung tujuannya utk keluarkan khasiat. Jadi, tak perlu bilaskan.
Lepas rendam terus tos begitu saja.

 

makanan bayi berkhasiat

Hanya perlu tambahkan air panas dan sedikit perasa seperti buah-buahan segar yang dilenyek.

Makanan Bayi Berkhasiat Juga Mudah Dibawa ‘Travel’

Mudah, bukan? Anda boleh lakukan kedua-dua penyediaan ini pada hujung minggu.

Dalam hari minggu, anda cuma perlu panaskan sahaja dan tambahkan perasa yang anda inginkan. Senang dibawa ke pengasuh, cukup memudahkan bagi anda yang perlu ‘travel’.

 

 

*Nak tahu bagaimana cara buat stok ayam dan stok ikan bilis yang berkhasiat dan bebas MSG? Ikuti pautannya di sini : Cara Buat Stok Ayam & Bilis Berkhasiat Untuk Bubur Bayi

**Bagi ibu-ibu yang ‘super-duper’ sibuk dan masih inginkan makanan terbaik boleh dapat kan produk2 makanan bayi seawal 6 bulan dari Izliyah Baby Food di talian 0108953164.

Yang Popular

To Top