Dapur

Idea Menu Makanan Anak Berasaskan Pisang, Tak Jemu & Sedap!

2
SHARES

Kalau beli setandan pisang memang tak habis dan lama-kelamaan pisang mula rosak sehingga tidak dapat digunakan. Selain boleh membuat cekodok pisang, ibu juga boleh membuat pelbagai jenis menu berasaskan pisang seperti senarai di bawah.

Berikut idea menu makanan anak berasaskan pisang yang sedap. Rugi kalau buang dan tidak digunakan. Betul tak? Selamat mencuba!

Baca juga: Cara Buat Makanan Bayi Stok Tahan Sampai Seminggu, Jimat Masa & Mudah

IDEA MENU MAKANAN ANAK BERASASKAN PISANG

1. DONUT PISANG

Menu sesuai 7 bulan keatas (Snack/Hi-tea).

Bahan-bahan: 

– 1 biji Pisang berangan (tak kisah pisang apa)

– 10sb tepung gandum (kurangkn macam Mami cakap tadi letak je tepung dekat tapak tangan and bentukkan terus)

– Minyak masak (untuk menggoreng)

– 1sudu susu, Susu tepung (Mami pakai FM Alisha, dutch baby)

1. Lenyek pisang kemudian tambah tepung sesudu demi sesudu.

2. Bentuk kan dan letak di penggoreng dengan api sederhana.

3. Tunggu donut sejuk sedikit dan golek dengan susu. Siap.

2. PISANG NUGGET

Menu sesuai 8 bulan keatas (Breakfast /Hi-tea). Rasa macam goreng pisang tapi rangup krapp krupp.

Bahan-bahan: 

– Pisang

– 1biji telur

– 1oz susu full cream

– Breadcrumbs

1. Telur dan susu. dikocang sampai sebati.

2. Pisang dipotong ikut anak senang pegang.

3. Salut telur kemudian breadcrumbs kemudian goreng. Sedia dihidangkan.

3.  MURTABAK PISANG YOGURT

Bahan-bahan:

– Kulit Popiah

– 1 biji Pisang (dilenyek)

– 1sb yogurt

1. Pisang lenyek digaul bersama yogurt.

2. Letak di kulit popiah dan lipat.

3. Goreng bersama sedikit minyak macam murtabak. Siap

4. PIZZA PISANG CHEESE

Bahan-bahan:

– Pisang

– 1 biji Telur

– Cheese Bega (Plastik Merah)

1. Potong pisang dan susun dalam bekas.

2. Masukkan telur yang dah dipukul tadi dan letak cheese.

3. Mommy pakai air fryer so 180°c 14mins (Ikut oven masing-masing)

4. Siap sedia dihidangkan.

5. CEKODOK PISANG

Bahan-bahan:

– 1 biji pisang

– 2sb tepung gandum

– 1 bekas kecil air

1. Lenyekkan pisang, masukkan air sesudu kecil.

2. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sampai rasa pisang tu tak lembik sangat tak keras.

3. Panaskan api dan goreng. Sedia dihidangkan.

6. JUICE BANANA YOGURT

Bahan-bahan: 

– 2sk plain yogurt

– 2 biji pisang

– Air secukupnya

1. Blend pisang dengan sedikit air sampai smooth.

2. Tapis pisang blend tadi sampai dapat air sahaja.

3. Masuk ke dalam blender air tu tambah air sedikit dan yogurt.

4. Blend sekejap dan siap boleh letak dalam peti ais.

7. BANANA SUNDAE COOKIES

Bahan-bahan:

– Yogurt

– 1 biji Pisang (dilenyekkan)

– Biskut Homemade

1. Masukkan sedikit pisang, kemudian yogurt.

2. Selang selikan dalam bekas.

3. Atas sekali tabur biskut hancur tu. Sedia dihidangkan.

8. PISANG KARAMEL SUSU

pisang

Bahan-bahan:

– Pisang (dipotong kecil)

– Unsalted Butter

– Sesuku FCM

1. Panaskan pan dengan api sederhana bersama unsalted butter kemudian letak pisang dipotong dan disusun jarak sedikit agar senang nak terbalikkan.

2. Dah siap masak kedua-dua belah bahagian pisang masukkan ke dalam bekas.

3. Boleh tuangkn sedikit susu di dalam bekas kuali tadi. Panaskan sebentar dan tuangkn ke dalam bekas isi pisang. Sedia dihidangkan.

Wah, semua menu menarik dan sudah tentunya dapat menambah selera anak. Selamat mencuba.

Sumber: Facebook Ainn Jamaluddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×