Dapur

Cara Buat Makanan Bayi Stok Tahan Sampai Seminggu, Jimat Masa & Mudah

28
SHARES

MENU MAKANAN BAYI

Para ibu di luar sana pasti pening memikirkan menu makanan untuk bayi berusia 8 bulan ke atas kerana si kecil sudah boleh merasa tekstur makanan walaupun gigi belum tumbuh.

Bagi menjimatkan masa ibu-ibu digalakkan untuk membuat stok makanan bayi selama seminggu seperti yang dilakukan oleh Puan Azmiera Amir. Memang jimat masa dan lebih mudah…

Baca juga: 10 Jenis Menu Untuk Anak Umur Setahun, Confirm Selera Bertambah!

CARA BUAT MAKANAN BAYI STOK TAHAN SAMPAI SEMINGGU

1. SUP AYAM

makanan bayi

Bahan-bahan: 

  • Ayam
  • Sayur pilihan mommy
  • Cfs (wktu ni takde so tabur je serbuk ayam)
  • Daun sup
  • Sup bunjut
  • Halia
  • Bawang holland
  • Bawang putih

Cara penyediaan:  

1. Tumis bawang holland dan bawang putih. Masukka air dan bahan-bahan lain semua sekali. Biar mereneh sampai masak.

2. AYAM PAPRIK

makanan bayi

Bahan-bahan: 

  • Ayam
  • Serai
  • Daun limau purut
  • Mirepoix
  • Tomato paste
  • Sayur pilihan
  • Serbuk ayam
  • Bawang holland
  • Bawang putih

Cara penyediaan:  

1. Tumis serai, bawan holland dan bawang putih. Masukkan air dan bahan-bahan lain semua sekali. Biar mereneh sampai masak.

3. BUBUR LAMBUK

makanan bayi

  • Beras
  • Sayur pilihan
  • Ayam
  • Mix herbs
  • Serbuk ikan bilis
  • Serbuk ayam
  • Bawang putih
  • Bawang holland
  • Halia

Cara penyediaan: 

1. Tumis bawang holland dan bawang putih. Masukkan air dan bahan-bahan lain semua sekali. Biar mereneh sampai masak.

4. AYAM MASAK TOMATO

Bahan-bahan: 

  • Ayam
  • Tomato paste
  • Mirepoix
  • Serbuk ayam
  • Bawang holland
  • Bawang putih
  • Serbuk lada sikit
  • Serbuk ayam

Cara penyediaan: 

1. Tumis bawang holland dan bawang putih. Masukkan air dan bahan-bahan lain semua sekali. Biar mereneh sampai masak.

Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Azmiera Amir

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×