Dapur

10 Jenis Menu Untuk Anak Umur Setahun, Confirm Selera Bertambah!

81
SHARES
MENU MAKANAN ANAK SETAHUN

“Apa menu nak masak harini ya. Hmmm…”

Tugas seorang ibu bukanlah mudah. Banyak perkara perlu difikirkan setiap hari dan antara yang paling memeningkan kepala sudah tentunya memikirkan menu masakan untuk dihidangkan buat seisi keluarga dan anak.

Tak mudah sebenarnya lebih-lebih lagi jika mempunyai anak kecil dan perlu jaga pemakanan mereka mengikut kesesuaian umur. Jadi, jika ibu-ibu buntu nak masak apa untuk anak, berikut merupakan 10 jenis menu makanan anak setahun. Ikuti perkongsian resepinya di bawah.

Baca juga: Ibu Kongsi Cara Pantas Sediakan Bubur Nasi Bayi, 10 Minit Je Dah Settle!

10 JENIS MENU MAKANAN ANAK SETAHUN, CONFIRM SELERA BERTAMBAH!

1. Nasi goreng cina

menu makanan anak setahun

Bahan-bahan: 

– Nasi Putih

– Ayam bahagian dada (dicincang)

– Bawang Merah/Putih

– Telur 1 biji

– Serbuk Bilis

– Unsalted butter

– Lobak Merah (potong dadu dan kecil)

– Daun Bawang

Cara penyediaan:

– Tumis bawang merah/putih menggunakan butter sehingga keperangan dan pecahkan telur.

– Masukkan serbuk bilis dan lobak merah.

– Pecahkan telur, gaul sebentar kemudian masukkan nasi.

– Tabur daun bawang. Siap!

2. Potato wedges & sos labu

menu makanan anak setahun

Bahan-bahan: 

– Kentang

– Labu

– Bawang Putih

– Cream Cheese (Beqa)

– Unbleached Flour

– Tepung Jagung

– Mix Herbs/Parsley Flakes/BlackPepper

menu makanan anak setahun

Cara penyediaan:  

– Potong kentang seperti wedges kemudian stimkan kentang dan labu sehingga empuk.

– Kentang bagi sejuk sebentar. Labu masa tengah panas masukkan dalam mesin pengisar campurkan dengan cream cheese. Kisar sampai halus, dah halus, panaskan dalam kuali api kecil. Bagi didihkan kejap. Letak air sikit kalau rasa pekat sangat.

– Tumbuk bawang putih sampai lumat perapkan dengan kentang dalam 5-10 minit.

– Kentang yang sudah diperap, salutkn dengan tepung gandum/tepung jagung/mix herbs/blackpepper/parsley flakes.

– Siap untuk digoreng.

3. Sup macaroni ayam

menu makanan anak setahun

Bahan-bahan:  

– Unsalted butter

– Ayam

– 3 sekawan

– Bawang merah/bawang Putih/halia

– Lobak merah

– Kentang

– Rempah sup

– Macaroni

– Mix Herbs

Cara penyediaan:

– Tumis bawang merah/bawang putih/halia/3 sekawan dengan unsalted butter hingga keperangan.

– Masukkan ayam danlobak merah kacau sebentar, letak mix herbs dan blackpepper. Kacau sebentar dan masukkan rempah sup.

– Masuk kentang dan serbuk bilis. Masak hingga empuk kentang tabur serbuk bilis.

– Masa sup tu tengah mengelegak, masukkan makaroni biar smpai kembang. Tabur bawang goreng dan daun sup. Siap

4. Bayam bening & ikan merah goreng

menu makanan anak setahun

Cara penyediaan: 

– Air dah didih, masukkan bawang merah/putih dihiris halus berserta ikan bilis. Masukkan bayam dan enoki mushroom tabur serbuk bilis.

Ikan goreng macam biasa cuma saya tumbukkan bawang merah/bawang putih/kunyit hidup tabur mix herbs sikit gaulkan sebati dekat ikan perap dalam 5 minit baru goreng.

5. Macaroni goreng

menu makanan anak setahun

Cara penyediaan: 

– Tumis bawang merah/bawang putih dengan menggunakan unsalted butter sehingga keperangan kemudian masukkan ayam dan lobak merah.

– Masak sehingga empuk lobak. Kemudian letak serbuk bilis/mix herbs/parsley flakes sikit dan capsicum. Kacau sehingga sebati masukkan macaroni yang telah direbus. Siap.

menu makanan anak setahun

6. Nasi lemak ayam popcorn

menu makanan anak setahun

Cara penyediaan: 

– Nasi lemak macam biasa cuma saya sangaikan kejap halba baru campurkan dengan nasi dan ditambah dengan Halia diketuk.

Untuk sambal tu, capsicum merah tu saya kisarkan dengan bawang merah/bawang putih/ikan bilis sehingga halus. Tumis macam biasa kita masak cuma perasa saya letak serbuk bilis sikit.

– Ayam popcorn goreng macam biasa.

menu makanan anak setahun

7. Pancake pisang cheese

menu makanan anak setahun

Cara penyediaan:

– Untuk FCM ni bawah umur 1 tahun kena didihkan kejap

– Masukkan semua dalam pengisar. Susu tu dalam 40ml lebih kurang. Kisar sampai halus.

– Masak atas kuali non stick picit je buat bulat-bulat lepastu masak macam biasa. Siap.

menu makanan anak setahun

8. Ayam masak sos

menu makanan anak setahun

Cara penyediaan: 

– Bawang merah/bawang putih/halia/capsicum merah sikit dan kuning sikit (kisar halus)

– Tumis bahan kisar dengan unsalted butter sehingga keperangan kemudian letak serbuk bilis dan kacau kemudian masukkan ayam/kentang/lobak/blackpepper.

– Kalau kering tambah air sikit dan masak sehingga empuk last sekali masukkan lebihan capsicum. Tabur sikit parsley flakes dan daun bawang. Siap.

menu makanan anak setahun

9. Keria goreng

menu makanan anak setahun

Cara penyediaan: 

– Stimkan keledek purple sehingga empuk.

– Tengah panas-panas lepas masak tu. Letak cream cheese gaulkan sebati kasi lenyekkan guna senduk ke ape ke.

– Dah sejuk sikit, letak tepung gandum yang telah diayak sikit-sikit.

– Bentukkan adunan boleh digoreng untuk difrozenkan.

menu makanan anak setahun

10. Roti wholemeal dan sup cendawan

menu makanan anak setahun

Roti wholemeal 

– Bawang putih 1 ulas diketuk/dicincang halus. Gaulkan dengan Unsalted Butter + Parsley Flakes

– Sapu pada permukaan roti kedua belah.

– Bakar menggunakan microwave selama 10 minit suhu 160°c.

– Nak letak atas kuali pun boleh. Masak sampai garing.

Mushroom Soup 

– Tumis bawang holland potong dadu dengan unsalted butter sampai keperangan lepastu letak serbuk bawang putih.

– Gaul seketika masukkan mushroom butang/shitake atau apa-apa cendawan sampai masak. Letak air sikit agak-agak lepastu letak tepung gandum sikit untuk bagi pekat.

– Masukkan susu FCM dengan cream cheese gaul sampai sebati.

– Letak blackpepper agak-agak sahaja.

– Kacau sampai sebati. Kepekatan ikut pada kehendak masing-masing. Siap.

menu makanan anak setahun

Wah, banyaknya idea menu untuk si kecil. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Hero Cats House

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×