Dapur

Tips Masak Pes Jimat & Pantas Walaupun Tak Ada Masa, Tetap Jadi!

6
SHARES

Sebagai seorang isteri dan ibu, walaupun penat berkerja pasti memilih memasak di rumah untuk suami dan anak-anak. Kebiasaanya nak menyediakan bahan masakan ini tak mudah kerana ia mengambil masa yang lama seperti memotong bawang, cili dan sebagainya.

Untuk membuatkan proses memasak lebih cepat dan mudah, apa kata ibu-ibu di luar sana sediakan bahan terlebih dahulu seperti yang dilakukan oleh Puan Izyan Alias. Jelasnya, dengan adanya pes seperti bawang kisar, cili kisar dan sambal, waktu memasak lebih cepat dan mudah.

Baca juga: Resepi Cucur Ikan Bilis Paling Simple, Rangup & Bulat-Bulat

TIPS MASAK PES JIMAT & PANTAS WALAUPUN TAK ADA MASA, TETAP JADI

Jadi, ikuti tips masak jimat dan pantas walaupun tak ada masa, tetap menjadi di bawah:

1. Beli lauk basah 1-2 kali sebulan secara pukal. Ayam pula beli ayam organik (whole, rangka dan dada ayam)

2. Weekend setiap 2 minggu sekali, sediakan segala jenis sambal dan pes bawang. Senang nak masak, cedok sahaja.

Cara penyediaan pes bawang:

  • Bawang merah
  • Bawang besar dan putih

1. Kisar dengan minyak masak. Jangan letak air langsung. Kalau bawang 3/4 blender, minyak boleh letak 1/3. Then kisar halus. Tumis sampai naik minyak guna api slow.

Cara penyediaan pes cili kisar:

1. Potong kasar cili kering, rebus. Tapis dan kisar dengan minyak masak juga. Tumis sampai naik minyak.

Cara penyediaan sambal penyet: 

1. Potong kasar cili besar, cili padi, bawang merah dan bawang putih, goreng sampai bawang perang sikit. Sejukkan.

2. Kemudian, kisar bersama minyak gorengan dan tumis semula sekejap bersama garam gula secukup rasa untuk keringkan sikit lagi air. Sedia untuk disimpan.

Cara penyediaan pes sambal nasi lemak: 

1. Tumis bawang kisar dulu sampai kering air, baru masukkan cili kisar. Jangan lupa masukkan daun pandan, asam keping dan bilis tumbuk.

2. Masukkan garam gula secukup rasa. Tambah air 2-3 kali dan tumis sampai kering setiap kali tambah air.

Cara penyediaan bawang goreng:

1. Boleh simpan bawang goreng bersama dengan minyaknya sekali. Letak bawang dan minyak atas sup atau bubur. Memang sedap dan wangi.

Nak masak pun lebih mudah dan cepat lepas ni sebab semua bahan dah ada. Moga bermanfaat.

Sumber: Facebook Izyan Alias

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×