Dapur

Ibu Kongsi Cara Pantas Sediakan Bubur Nasi Bayi, 10 Minit Je Dah Settle!

53
SHARES

Bubur nasi merupakan hidangan wajib untuk bayi berusia enam bulan ke atas kerana sudah boleh mengambil makanan pejal seperti bubur dan puri. Namun bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja pasti tiada masa mencukupi untuk menyediakan bubur nasi buat si manja.

Oleh itu, apa kata ibu di luar sana cuba cara yang dikongsi oleh Puan Izzah Kasim ini.  Kaedah itu mudah dan cepat serta menjimatkan masa kerana yang memerlukan 10 hingga 15 minit untuk satu hidangan. Jom cuba!

Baca juga: 11 Idea Menu Makanan Bayi Umur 7 Bulan, Makin Berselera Anak Makan!

IBU KONGSI CARA PANTAS SEDIAKAN BUBUR NASI BAYI

Sekadar perkongsian cara saya menyediakan bubur baby. Saya ibu yang bekerja dan akan masak setiap pagi untuk baby 2 kali makan kemudian asingkan dalam 2 bekas kecil.

Beras frozen sangat-sangat membantu dan memudahkan, dalam 15 minit bubur dah siap masak. Sayur, buah, ayam pun saya buat frozen juga. Senang letak je 1 atau 2 cube. Cuma saya yang berdaun saya tak buat frozen. Saya guna hand blander brand Sokany, bubur jadi halus elok.

– Basuh beras bersih-bersih. Lepastu masukkan dalam satu sudu kecik dalam setiap ice tray, masukkan air bagi penuh ice tray.

bubur nasi

– Beras frozen, ayam, carrot dan baby spinach.

– Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan masak sehingga mendidih.

– Hand blander Sokany bubur jadi halus elok.

bubur nasi

– Asingkan siap-siap untuk 2x makan.

Senangkan? Hanya 10 hingga 15 minit sahaja masa diperlukan. Yang penting berkhasiat dan kebersihan terjamin. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Izzah Kassim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×