Dapur

Resepi Nugget Ayam Paling ‘Juicy’, Buat Homemade Tapi Setanding Kedai!

13
SHARES
resepi nugget ayam

Sebut sahaja nugget ayam, pasti anak akan berebut-rebut nak makan bukan? Namun, kalau sampai hari-hari anak nak makan nugget ayam segera macam ini, tidak sihat juga untuk sistem penghadaman mereka. Jadi, inilah masanya untuk mak-mak semua mencari resepi nugget ayam homemade yang paling sedap!

Bukan sahaja sedap, malah mengikut resepi nugget ayam ini akan menjadikan nugget homemade anda tersebut paling ‘juicy’ dan tidak kering. Tak perlu beli di luar kerana yang dibuat di rumah lagi menyelerakan.

Baca juga: Cara Pilih Udang Fresh Di Pasaran, Pastikan Ada 4 Ciri Ini Barulah Bila Masak Isi Manis!

RESEPI NUGGET AYAM HOMEMADE PALING JUICY!

resepi nugget ayam

BAHAN A :

-2 keping dada ayam
-2 biji telur (saiz kecil)
-1 biji bawang merah
-1 biji bawang putih
-1 kiub pati ayam
-1/2 cawan tepung jagung
-1 sudu tepung serbaguna
-1 sudu kecil garam
-1 sudu kecil lada sulah

BAHAN B :

-1 cawan tepung jagung
-1 sudu serbuk kari ikan
-1 sudu kecil smoked paprika
-1/2 sudu kecil serbuk kunyit
-1 sudu kecil garam
-+ 1 cawan air kemudian nanti

CARA PENYEDIAAN :

1. Blend semua BAHAN A

2. Kemudian sediakan BAHAN B, dalam 1 bekas/loyang yang sesuai. (mix well)

3. Siap blend BAHAN A, scopkan mengikut bentuk yang kita nak dan masukkan kedalam bekan yang ada BAHAN B

4. Ratakan acuan ke BAHAN B, dan asingkan ke dalam pinggan lain.

5. Selapas siap ratakan acuan, lebihan tepung BAHAN B campurkan dengan sedikit air kemudian mix.

6. Sediakan 1 mangkuk serbuk roti, ambil acuan tadi masukkan ke dalam bekas tepung+air dan last sekali masuk ke dalam serbuk roti.

7. Ulang langkah sehingga acuan nugget habis, dan boleh goreng dalam minyak panas!

*Nampak menyelerakan! Selamat mencuba.

resepi nugget ayam

Baca juga: Resepi Daging Masak Hitam ‘Sebijik’ Macam Makan Di Kenduri, Bertambah Nasi!

Sumber: Zulkifli Mat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×