Sihat

Akibat Terlalu Stres, Isteri Diserang Sesak Nafas 3 Pagi- ‘Wahai Suami Dengarlah Luahan Isteri…’

121
SHARES

Jangan dibuat main apabila seseorang itu berada dalam keadaan tertekan atau ‘stress’. Walaupun tidak mempunyai sejarah penyakit, namun tekanan yang tinggi boleh mengakibatkan kesihatan seseorang itu terjejas sehingga boleh diserang sesak nafas.

Inilah yang berlaku kepada seorang isteri, dek kerana banyak tekanan yang diterima di tempat kerja dan rumah, akibatnya dia diserang sesak nafas pada jam 3 pagi. Ikuti pengalaman detik cemas si suami ini, yang diceritakan semula oleh Doktor Samhan di bawah.

Baca juga: Rupanya Amalkan 8 Tabiat Ini Untuk Otak Kekal Sihat, Jangan Kerap Dalam Kegelapan!

ISTERI STRESS SAMPAI SESAK NAFAS?

Gambar: marzbandds

“Wanita 30-an, tiada sejarah penyakit, sesak nafas, GCS full,” kedengaran suara dari corong telefon.

Lihat jam, 3 pagi. Terus bergegas menuju ke ambulans.

Setiba disana, terus menapak ke tingkat dua. Beg kecemasan disandang di bahu. Semua cukup lengkap.

“Assalamualaikum,” sambil pintu di ketuk.

“Waalaikumussalam,” pintu dibuka oleh seorang lelaki. Suami pesakit.

“Isteri saya sesak nafas tiba-tiba,” mukanya cemas sambil mengorak langkah ke bilik tidur dan minta dituruti.

Kelihatan seorang wanita terbaring di atas katil. Dadanya turun naik. Tercungap-cungap. Badannya dibasahi peluh.

“Puan, tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan.”

Kelihatan di monitor kandungan oksigen 100%. Suhu badan 37 darjah celcius. Tekanan darah normal.

“Apa dah jadi ni puan. Cuba cerita.”

“Saya stress. Kerja di ofis banyak. Bos selalu pressure minta siapkan cepat. Di rumah nak urus anak-anak. Melayan suami lagi.”

Dia mula bercerita sambil genggam tangan MA perempuan. Panjang lebar dia bercerita. Macam tak jumpa noktah.

Lihat jam dah hampir jam 5 pagi. MA buat isyarat mata. Dah terlalu lama disini. Bimbang ada kes lain.

Pesakit dari terbaring dan boleh duduk. Makin semangat bercerita.

“Kami perlu minta diri. Puan pun dah makin ok.”

“Eh, minum air dulu. Kejap saya ke dapur buatkan air.”

“Tak apa puan. Kami masih dalam tugas.”

“Terima kasih lah sanggup datang. Maaflah kalau terpaksa tadah telinga. Tadi rasa macam pikul batu besar. Sekarang memang dah lega sangat.”

MELUAHKAN PERASAAN DAPAT BANTU MENGHILANGKAN TEKANAN

Gambar hiasan: HealthyPlace.com.

Antara cara hilangkan stres adalah meluahkan apa terpendam di dada. Bila banyak yang ditanggung, stres makin tinggi.

Stres perlu dialirkan. Bimbang makin melarat akan memudaratkan diri terutamanya wanita.

DIANGGARKAN SEBANYAK 25,000 PATAH SEHARI, WANITA PERLU BERBICARA – KAJIAN

Mengikut kajian, wanita perlu berbicara dianggarkan 25,000 patah kata sehari berbanding lelaki hanya 7,000 perkataan sahaja.

Nasihat saya pada suami, pinjamkan telinga dan bahu kalian. Biarkan mereka berbicara dan habiskan kouta patah perkataan dengan tenang.

Mereka memang dicipta untuk bercakap dan kita dicipta untuk melengkapi mereka. Happy wife, happy life!

Kongsikan pada orang lain sebab rupanya masih ramai suami diluar sana, yang sukar nak faham isteri dan enggan dengar luahan perasaan isteri.

Sumber: Twitter Doktor Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×