Famili

Awas Trend Jual ‘Lolipop Khayal’ Untuk Kanak-Kanak, Boleh Sebabkan Halusinasi & Kemurungan

2
SHARES
gula-gula lolipop

Setiap kali pergi melancong bersama ahli keluarga, bukan sahaja lokasi yang menarik menjadi tumpuan malah makanan-makanan yang menarik dijual turut diterokai. Salah satu lokasi yang paling dekat dengan Malaysia dan padat dengan pelbagai makanan menarik dari tomyam sehinggalah ke gula-gula lolipop warna-warni, adalah Thailand.

Namun, perlu diingatkan bahawa bukan semua makanan adalah selamat terutama sekali buat kanak-kanak. Hal ini kerana, terdapat trend yang merisaukan di negera jiran iaitu ‘lolipop khayal’ yang dijual secara terbuka!

Baca juga: Isteri Minta Cerai Sebab Suami Tak Mandi Berhari-Hari, Tak Suka Gosok Gigi…Busuk!

TREND GULA-GULA LOLIPOP KHAYAL, BAHAYA UNTUK KANAK-KANAK!

gula-gula lolipop

Foto: Freepik

Pejabat Lembaga Kawalan Narkotik (ONCB) pada 2 Februari lalu menggesa ibu bapa supaya berhati-hati terhadap dadah rekreasi jenis baharu dalam bentuk lolipop yang baru-baru ini menjadi popular dalam kalangan golongan muda dan pengunjung pusat hiburan.

The Straits Times dan Harian Metro melaporkan, gula-gula lolipop dadah itu menggunakan nama ‘lollipop parti’ atau ‘lollipop mabuk’ dan dijual secara terbuka di media sosial berikutan tindakan keras pihak berkuasa terhadap dadah rekreasi lain.

Setiausaha Agung ONCB, Leftenan Jeneral Polis Phanurat Lakboon berkata, ujian terhadap empat variasi gula-gula oleh Institut Analisis Narkotik dan Perkhidmatan Teknikal ONCB mendapati satu daripadanya mengandungi nimetazepam dan tramadol, dua pula mengandungi ketamin dan tramadol, serta gula-gula terakhir mengandungi flunitrazepam.

“Ramuan ini sangat dikawal, bahan psikotropik kategori dua dan mesti ditetapkan oleh doktor di institut bertauliah sahaja.”

“Ia boleh menyebabkan halusinasi, kemurungan pernafasan dan kematian,” katanya.

Bukan sahaja gula-gula ini yang terbaharu, malah pihak berkuasa sebelum ini telah membanteras dadah serupa tetapi dalam bentuk serbuk yang untuk dicampur dengan kopi atau minuman beralkohol. Ia menjadi sangat popular dalam kalangan pengunjung pusat hiburan.

Beliau memberi amaran bahawa mereka yang memiliki bahan psikotropik kategori dua untuk jualan atau pengedaran awam boleh dipenjara sehingga 15 tahun atau denda sehingga 1.5 juta baht (kira-kira RM199,000).

Mereka yang didapati bersalah mengiklankan dadah itu melalui saluran awam seperti media sosial juga boleh dipenjara sehingga dua tahun, denda 200,000 baht (kira-kira RM26,652) atau kedua-duanya sekali.

Justeru, pihak berkuasa menasihati ibu bapa untuk memeriksa gula-gula apa yang dibeli oleh anak-anak mereka, kerana ada yang mungkin membeli lolipop dadah itu tanpa mengetahui kesannya.

gula-gula lolipop

*Malah untuk rakyat Malaysia yang seringkali berkunjung ke Thailand untuk bercuti, berhati-hatilah dalam setiap pembelian makanan terutama untuk anak. Risau juga jika penjualan gula-gula ini ‘terlepas’ masuk ke dalam negara kita..

Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Segak Dan Jelita Semuanya!

Sumber: The Straits Times, Harian Metro

Foto: THE NATION/ASIA NEWS NETWORK

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×