Famili

Kenali Wajah Putera & Puteri Yang di-Pertuan Agong Ke-17, Segak Dan Jelita Semuanya!

26
SHARES
kerabat diraja johor

Nampaknya, Sultan Ibrahim telah selamat melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negara dan memegang gelaran rasmi sebagai Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim pada 31 Januari 2024. Lantas, sejak istiadat tersebut berlangsung ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang ingin mengenali dengan lebih mendalam tentang kerabat diraja Johor.

Oleh disebabkan ramai yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai puteri dan putera kepada YDPA Malaysia yang terbaharu, berikut merupakan senarai anakanda baginda.

Baca juga: Kerabat Diraja Pahang, Kenali Wajah Putera & Puteri Yang di-Pertuan Agong, Pasti Ramai Nak Tahu!

KERABAT DIRAJA JOHOR, INILAH WAJAH-WAJAH ANAKANDA YDPA DAN PERMAISURI

Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah mendirikan rumah tangga pada tanggal 22 September 1982. Ketika itu YDPA Sultan Ibrahim masih Tunku Mahkota Johor. Pasangan Diraja ini dikurniakan enam cahaya mata, lima orang putera dan seorang puteri.

1.Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Mahkota Ismail ibni Sultan Ibrahim

kerabat diraja johor

Foto: IG @hrhcrownprinceofjohor

Siapa yang tidak mengenali figura hebat ini bukan? Tunku Mahkota Ismail atau juga dikenali ramai sebagai ‘TMJ’ merupakan Pemangku Sultan Johor dan Tunku Mahkota Johor. Menurut biodata yang dikongsikan oleh Royal Press Office, Tunku Ismail diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bahru dan merupakan putera sulung kepada YDPA Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah.

Tunku Ismail berkahwin dengan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Bustamam di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober 2014. Pasangan diraja itu dikurniakan empat cahaya mata terdiri daripada dua putera dan dua puteri iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim, Tunku Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Zahrah Zarith Aziyah.

Tunku Ismail menempa sejarah apabila menjadi rakyat asing pertama menyertai rejimen berkuda tentera India memberi tabik hormat kepada Presiden India APJ Abdul Kalam sempena sambutan Hari Kebangsaan India ke-58 pada 20 Jan 2007, yang turut dihadiri tetamu kenamaan termasuk Presiden Rusia Vladimir Putin. Hebat!

2.YAM Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah Binti Sultan Ibrahim

kerabat diraja johor

Foto: New Straits Times

Figura jelita ini dilahirkan pada 8 April 1986 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anakanda kedua serta puteri tunggal. Beliau mempunyai enam orang adik-beradik dan mesra disapa sebagai “Tunku Inah”. Tunku Tun Aminah telah melangsungkan perkahwinan pada 14 Ogos 2017 dengan pasangannya Dato’ Dennis Muhammad Abdullah atau nama asalnya Dennis Verbaas yang juga merupakan warganegara Belanda di Istana Besar, Johor Bahru

Pasangan diraja ini dikurniakan anakanda sulung yang diberi nama Layla Sofiah dilahirkan pada 21 Januari 2020. Pada tahun 2022, beliau dan suami dikurniakan anakanda kedua (nama belum diketahui).

3.YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj 

kerabat diraja johor

Foto: IG @tunku_idris

Tunku Idris diputerakan pada 25 Disember 1987 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anakanda ketiga dan putera kedua kepada Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah. Beliau dikurniakan gelaran Tunku Temenggong Johor pada 22 Februari 2010.

Pada 2 Disember 2022, Tunku Idris telah dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang baharu pada sidang pertama Istiadat Konvokesyen ke-22 universiti itu di Dewan Sultan Ibrahim.

4.YAM Almarhum Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail

Foto: New Straits Times

Baginda Almarhum Tunku Laksamana Johor yang diputerakan pada 5 Julai 1990, merupakan anakanda keempat. Menurut laporan Astro Awani, baginda pernah bekerja sebagai penjaga zoo di Singapura selama setahun dan di London hampir dua tahun dan berkelulusan dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan dari sebuah universiti di United Kingdom.

Almarhum baginda juga mencatat sejarah sebagai kerabat diraja Johor pertama yang berkhidmat dalam pasukan polis selepas menamatkan kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor. Malah, Almarhum juga menubuhkan Yayasan Kanser Tunku Laksamana bertujuan untuk membantu pesakit kanser di negara ini dan kerap kali mengunjungi pesakit di Hospital Sultan Ismail dan Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, beramah mesra dan bertanya khabar.

Almarhum Tunku Jalil disahkan menghidap kanser hati tahap empat dan menjalani rawatan pemindahan hati di China. Baginda mangkat pukul 7.11 malam, 5 Disember 2015 pada usia 25 tahun.

5.YAM Tunku Abdul Rahman Hassanal Jefri Al-Haj

Foto: IG @tunku_abdul_rahman

Tunku Panglima Johor ini diputerakan pada 5 Februari 1993 di Johor Bahru, merupakan anakanda kelima dan putera keempat. Tunku Abdul Rahman merupakan pelumba kereta yang profesional. Beliau dan adindanya Tunku Abu Bakar sering kali mewakili Malaysia khususnya negeri Johor dengan menyertai pertandingan lumba kereta di peringkat antarabangsa.

Bukan sahaja seorang pelumba kereta yang mahir dan kacak, Tunku Abdul Rahman juga terkenal dengan pelayaran kapal layar, menunggang motosikal, dan juga menguruskan tampuk kuda semasa bertanding dalam sukan polo. Mempunyai lebih dari 500 ribu pengikut di Instagram, beliau sering berkongsikan foto dan video mengenai dunia perlumbaan kereta.

6.YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj

Foto: IG @tunku.abu.bakar

Tunku Putera Johor diputerakan pada 30 Mei 2001 di Johor Bahru, Johor, merupakan anakanda keenam dan putera bongsu. Tunku Abu Bakar merupakan seorang pelumba kereta yang profesional. Beliau dan kekandanya Tunku Abdul Rahman sering kali mewakili Malaysia khususnya negeri Johor dengan menyertai pertandingan lumba kereta di peringkat antarabangsa.

Tunku Abu Bakar juga muncul sebagai Naib Juara Kejuaraan Pemandu GT3 ketika Perlumbaan GT World Challenge Asia 2023 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang pada 24 September 2023.

*Kacak-kacak dan jelita putera puteri kepada YDPA dan Permaisuri Agong?

Baca juga: [FOTO] Sekitar Majlis Pernikahan Putera Mateen & Dayang Anisha, Sepadan Dan Manis!

Sumber: TheRoyalJohor, Harian Metro, The Royal Johor, AWANI, kemahkotaan.johor.gov

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×