Nampaknya, salah satu majlis perkahwinan yang digelar ‘Wedding of the Decade’ iaitu dari Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah, selamat bernikah semalam. Istiadat pernikahan pasangan diraja itu berlangsung di Masjid Omar Ali Saifuddien, Brunei dan sudah pastinya ramai yang patah hati apabila Putera Mateen kahwin.
Majlis penikahan yang boleh ditonton ramai melalui laman web RTBGo Brunei itu mendapat liputan meluas, malah sejak mula berlangsungnya istiadat rasmi sejak 7 Januari lalu.
Baca juga: Cantik & Elegant, Bakal Suri Hati Putera Mateen Ini Bukan Calang Orang Rupanya..
PUTERA MATEEN KAHWIN, RAMAI PATAH HATI
Putera Mateen merupakan anak ke-10 kepada Sultan Hassanal Bolkiah, raja paling lama memerintah di dunia dan pernah menjadi orang terkaya di dunia.
Manakala pengantin perempuannya, Dayang Anisha Rosnah merupakan cucu kepada salah seorang penasihat utama Sultan Brunei. Bukan itu sahaja, dilaporkan mempunyai jenama fesyen dan memiliki perniagaan dalam sektor pelancongan. Istiadat perkahwinan pasangan diraja itu mencapai kemuncaknya pada Ahad 14 Januari, dengan upacara gilang-gemilang di istana 1,788 bilik.
Senarai tetamu itu dijangka termasuk tetamu diraja dan pemimpin politik dari dalam dan luar negara. Malah, kehadiran kerabat diraja Britain juga dinanti-nantikan oleh orang ramai.
Radio Televisyen Brunei (RTB) sebelum ini melaporkan istiadat perkahwinan pasangan diraja itu berlangsung selama 10 hari, dan dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja, pada 7 Januari lalu. Kemudian berlangsung pula Istiadat Berbedak yang melihat pasangan mempelai mengenakan busana tradisi berwarna merah.
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada semalam (11 Januari), manakala acara kemuncak iaitu Majlis Bersanding Pengantin Diraja dijadualkan berlangsung di Istana Nurul Iman, pada 14 Januari.
Majlis Persantapan Diraja pula akan diadakan pada 15 Januari diikuti Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat dan Menutup Gendang Jaga-Jaga pada 16 Januari.
*Sehingga kini, ramai orang ternanti-nanti foto busana pengantin perempuan ketika majlis pernikahan dan masih menjadi misteri.
Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Yang di-Pertuan Agong, Pasti Ramai Nak Tahu!
Sumber: RTBGo Brunei, Instagram @tmski