Famili

Cantik & Elegant, Bakal Suri Hati Putera Mateen Ini Bukan Calang Orang Rupanya..

8
SHARES
anisha isa kalebic

Hujung minggu seluruh rakyat di Malaysia malah seluruh dunia dikejutkan dengan berita bahawa putera raja yang digilai ramai wanita iaitu Putera Mateen bakal menamatkan zaman bujang bersama Anisha Isa Kalebic pada Januari 2024.

Walaupun ramai gadis-gadis patah hati, namun ramai juga yang tercari-cari maklumat tentang siapakah wanita yang berjaya menambat hati Putera Mateen ini? Adakah golongan diraja juga atau hanya rakyat biasa?

Baca juga: Kenali Wajah Putera & Puteri Yang di-Pertuan Agong, Pasti Ramai Nak Tahu!

SIAPA ANISHA ISA KALEBIC YANG BERJAYA TAMBAT HATI PUTERA MATEEN?

anisha isa kalebic

Dayang Anisha turut dikenali dengan nama Anisha Isa Kalebic merupakan wanita yang menjadi perbualan ramai apabila telah berjaya menambat hati Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, 32, yang merupakan putera kepada Sultan Brunei.

Dayang Anisha ialah cucu kepada penasihat khas Sultan Brunei iaitu Yang Berhormat Pehin Dato Awang Isa bin Awang Ibrahim. Bukan itu sahaja, datuknya juga adalah seorang pembesar Brunei dengan memegang jawatan sebagai Manteri, iaitu golongan pembesar diraja dengan gelaran ‘Pehin Orang Kaya Laila Setia Bakti Diraja’

Menurut laporan laman web rasmi kerajaan Brunei, Pehin Dato Haji Isa juga merupakan pengasas syarikat penerbangan Royal Brunei.

anisha isa kalebic

Serba sedikit mengenai latar belakangnya, Dayang Anisha merupakan lulusan universiti di England dan mempunyai sebuah perniagaan berkaitan fesyen, dikenali sebagai Silk Collective. Beliau juga turut memulakan perniagaan pelancongan bernama Authentirary bersama rakan baiknya. Patutlah cantik!

KENAL DARI KECIL..

anisha isa kalebic

Khabar angin tentang hubungan cinta Putera Mateen dengan Dayang Anisha mula dibual ramai sejak tahun 2018. Hal ini kerana, ramai yang tidak tahu bahawa Dayang Anisha mempunyai seorang abang bernama Danial Deen Isa Kalebic yang merupakan rakan rapat Mateen sejak dari kecil.

Foto Putera Mateen ketika dia menghadiri sebuah acara bersama Dayang Anisha pernah tular sebelum ini apabila abangnya sendiri yang memuat naik foto tersebut di laman media sosial miliknya.

Bukan itu sahaja, di setiap acara sukan seperti bola sepak dan polo atau majlis rasmi Brunei, Anisha akan kelihatan berada di samping Putera Mateen untuk menyokongnya. Nampaknya perkenalan mereka memang sudah terpaut sejak dari kecil lagi!

Istiadat perkahwinan pasangan diraja ini akan berlangsung selama 10 hari, dari 7 hingga 16 Januari 2024, bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari. Majlis pertunangan pula pada 9 Januari.

Kemudian, diteruskan lagi dengan Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja pada 11 Januari, Majlis Bersanding Diraja mengelilingi Bandar Seri Begawan pada 14 Januari, Majlis Persantapan Diraja pada 15 Januari dan Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat & ‘Menutup Gendang Jaga-Jaga’ pada 16 Januari 2024.

*Tahniah diucapkan kepada pasangan diraja ini. Untuk yang patah hati, jangan risau, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah masih ‘solo’…

Baca juga: ‘Prince Charming’ Di Alam Nyata, Ini Biodata Penuh Tengku Hassanal Yang Ramai Nak Tahu!

Sumber: RTBNews, TVGuidetime

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×