Famili

Amalan Doa & Surah Untuk ‘Lawan’ Sel Kanser, InsyaAllah Kita Ikhtiar Cara Tradisional Pula

19
SHARES
doa untuk orang sakit

Merawat penyakit bukan hanya tertumpu kepada rawatan dari segi medikal sahaja. Malah, dalam agama Islam sendiri, rawatan tradisional Islam seperti doa untuk orang sakit turut digunakan bagi mengurangkan rasa sakit tersebut. Salah satu penyakit yang sering mendapat rawatan perubatan Islam adalah penyakit kanser.

Sudah diketahui ramai bahawa penyakit ini memang 80% boleh meragut nyawa sesiapa sahaja jika tidak dirawat sejak awal dan teliti. Jadi, selain rawatan pakar perubatan, terdapat beberapa amalan surah dan doa boleh diamalkan bagi melawan penyakit tersebut.

Baca juga: Wanita Kongsi Nota Mengaji Arwah Ibu Padat Dengan Doa, Buat Orang Ramai Mengalir Air Mata

DOA UNTUK ORANG SAKIT, BOLEH RAWAT BARAH SEL KANSER

doa untuk orang sakit

Berikut merupakan perkongsian dari pusat rawatan Islam mengenai cara untuk berdoa dan meminta kepada Allah bagi melawan penyakit khususnya kanser. Ini merupakan salah satu ikhtiar yang dikongsikan untuk para pesakit kanser amalkan selain dari mendapat rawatan dari pihak medikal.

Antara surah yang dikongsikan:

1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91)
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81)
3. Surah Al Raad (Ayat 16-28)
4. Surah AN Anbiyaa (Ayat 38-50)
5. Surah Asy Syu’ara (Ayat 185-227)
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52)
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77)
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70)

Cara-caranya:

Sebelum memulakan bacaan:

1. Istighfar 10x.
2. Shalawat Nabi 10x.
3. Al-Fatihah 1x.
4. Ayatul Kursi 1x.

-Sediakan botol-botol air yang bersih secukupnya. Setiap kali habis membaca surah-surah berkenaan, maka ditiupkan kepada air tersebut. Pesakit dinasihat kan minum air bacaan setiap hari. Sapu air pada anggota yang kena barah kanser dan mandi pesakit dengan air ini. InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semuanya dengan izin-Nya.

Selain dari itu, ada juga beberapa doa yang boleh diamalkan untuk anda yang tidak sakit, disedekahkan doa tersebut kepada orang yang sakit. Berikut adalah doanya dalam teks Arab, Rumi, dan terjemahan.

doa untuk orang sakit

1. Doa agar diangkat segala penyakit

امْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِك الشِّفَاءُ لَا كَاشِفَ لَهُ إلَّا أَنْتَ

Imsahil ba’sa rabban nasi. Bi yadikas syifa’u. La kasyifa lahu illa anta

Maksudnya:

“Tuhan manusia, sapulah penyakit ini. Di tangan Mu lah kesembuhan itu. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali Kau.”

2.Doa kesembuhan dan memohon ampunan

شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ

Syafakallahu saqamaka, wa ghafara dzanbaka, wa’afaka fi dinika wa jismika ila muddati ajalika

Maksudnya:

“Wahai (sebutkan nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiakanmu dalam hal agama serta fizikalmu sepanjang usia.”

3.Doa Kesembuhan yang Diajarkan Nabi Ayyub

رَبِّ أَنِّى مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ

Robbi annii massaniyadh dhurru wa anta arhamar roohimiin

Maksudnya:

“(Ya Tuhanku), sungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.” (Surah An-Anbiya, ayat 83).

*Semoga segala penyakit dapat sembuh dengan amalan ini. Semoga doa-doa kita didengari oleh Allah SWT..

Baca juga: Amalkan 3 Fiqh Solat Ini Di R&R Ketika Musim Cuti, Lebih Mudah & Cepat Siap Urusan!

Sumber: Klinik Rawatan Islam Nur Isyraq, ecentral.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×