Nur

Amalkan 3 Fiqh Solat Ini Di R&R Ketika Musim Cuti, Lebih Mudah & Cepat Siap Urusan!

15
SHARES
fiqh solat

Nampaknya tahun 2023 sudah pun hampir ke pengakhirannya dan lantas, ramai dalam kalangan kita yang menghabiskan cuti bersama-sama keluarga. Tambah pula masih berada dalam musim cuti sekolah, jadi ramai juga yang balik kampung dan melakukan perjalanan jauh. Sudah semestinya buat orang Islam, menunaikan solat itu tetapi menjadi kewajiban walaupun fiqh solat di kawasan R&R ini menjadi sedikit lain.

Berada dalam musim cuti, sudah pastinya ruang solat di kawasan R&R akan penuh jadi berikut merupakan antara amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan lagi urusan solat anda. Islam itu sangatlah mudah!

Baca juga: Ini Rupanya Beza Zakat Pendapatan Dan Zakat Simpanan, Wajib Ambil Tahu!

FIQH SOLAT DI R&R KETIKA MUSIM CUTI, MUDAHKAN..

fiqh solat

Fiqh solat di R&R ketika musim cuti. Amalkan fiqh awlawiyyat (priority) jika orang ramai/sesak.

1. Wuduk ringan

3 kali basuhan hukumnya sunat, bukan wajib. Biasakan ambil wuduk secara ringan terutama bila musafir di tempat sesak atau kurang air.

2. Jangan panjangkan bacaan solat apatah lagi kalau jadi imam

Janganlah waktu macam ini nak baca surah panjang atau flex suara sedap. Tak kena tempat dan keadaan. Ringkaskan solat supaya orang lain dapat solat pula.

3. Zikir selepas solat dan doa itu sunat

Kalau nampak orang ramai menunggu, sebaiknya terus bangun dan beri laluan untuk orang lain solat. Kalau nak zikir dan doa, ringkas sahaja. Jangan waktu itulah nak berzikir dan doa panjang-panjang terutama di akhir waktu solat. Zikir dan doa itu sunat tapi sengaja buat orang lain terlepas waktu solat itu haram.

Sentiasa amalkan, kalau solat tempat umum terutamanya tempat kecil, ramai menunggu dekat belakang, waktu pendek :

1. Ringkaskan bacaan surah.
2. Lepas solat, doa terus bangun.
3. Jangan borak dalam surau, nak borak dekat luar.

fiqh solat

*Inilah sebahagian contoh aplikasi yang disebutkan sebagai fiqh awlawiyat. Mengutamakan prioriti terutama bila melibatkan maslahat orang ramai. Kalau kita faham dan amalkan, akan terlihat nilai cerdik dalam beragama. Sama-sama kita cuba amalkan.

Baca juga: Zikir Untuk Ibu Yang Kepenatan Bekerja Dan Urus Anak, Amal Ini Supaya Lebih Bertenaga!

Sumber: X @addien90

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×