Dapur

Resepi Sambal Tempe Bilis Kacang Rangup 20K Perkongsian, Boleh Buat Stok!

28
SHARES
resepi sambal tempe

Antara makanan berasaskan tempe yang popular dalam kalangan masyarakat di negara ini adalah sambal tempe bilis kacang. Tidak lengkap resepi ini tanpa tiga bahan utamanya iaitu tempe, ikan bilis dan kacang.

Hanya makan bersama nasi putih panas sahaja sudah mampu membuka selera anda sewaktu menikmati sambal ini. Jom buat resepi sambal tempe bilis kacang menggunakan resepi yang dikongsikan oleh Puan Sharinaz Redwan.

Baca juga: Cara Bancuh Foam Kopi Viral Tahan Seminggu! Boleh Buat Hot Cappuccino Tiap Hari

MAKAN BERSAMA NASI PANAS & SIMPAN BUAT STOK!

sambal tempe

Sambal Tempe + Bilis + Kacang. Ini kalau meratah depan TV tak perasan habis 1 bekas. Saja buat stok simpan untuk sahur.

RESEPI SAMBAL TEMPE BILIS KACANG

BAHAN-BAHAN UTAMA:

  • 6 peket tempe.
  • 2 cawan ikan bilis.
  • 500g kacang.

sambal tempe

1. Pastikan tempe tersebut dihiris nipis sebelum digoreng garing sehingga benar-benar rangup.

2. Ikan bilis perlu dicuci terlebih dahulu dan goreng bagi rapuh. Kalau goreng jadi lemau, cuba masuk air fryer kejap, Insya Allah rangup semula.

3. Jangan lupa untuk cuci dan tos kacang sebelum ia digoreng.

BAHAN SAMBAL: 

  • 2 senduk cili blend – guna cili kerinting yang pedas lagi umphhh.
  • 3 biji bawang merah – dikisar.
  • 5 ulas bawang putih – dikisar.
  • 1 ketul gula kabung.
  • 4 keping asam keping.
  • Garam secukupnya.
  • Minyak goreng tempe tadi.

CARA PENYEDIAANNYA:

1. Tumis bahan yang telah dikisar bersama dengan gula kabung dan asam keping sehingga ia pecah minyak. Kena masak lama sikit sampai cili tu garing ya.

sambal tempe

2. Apabila dah siap, tutup api dan biar kejap. Nak letak garam ikut tekak masing-masing.

3. Kemudian, boleh masukkan bahan-bahan utama (tempe kacang bilis) tadi.

sambal tempe

Siappp! Makan nasi panas-panas memang sedap uiii. Semoga bermanfaat.

Sumber: Facebook Sharinaz Redwan via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×