Dapur

Rupanya Ini Kebaikan Probiotik Dalam Jeruk Fermentasi Berbanding Jeruk Segera

13
SHARES

Tahukah anda jeruk mempunyai dua jenis iaitu jeruk yang melalui proses fermentasi dan jeruk segera. Melalui perkongsian ilmu pemakanan dari seorang ahli kimia, Doktor Fatimah Salim, jeruk yang difermentasi mengandungi probiotik yang boleh memberikan kesan baik kepada tubuh badan.

Malah, selain jeruk terdapat juga makanan lain yang mengandungi sumber probiotik. Jom cakna mengenai ilmu probiotik di bawah!

Baca juga: Lupakan Bab Bau Busuk, Ketahui Ini Khasiat Petai Yang Tak Disangka!

PERBEZAAN JERUK FERMENTASI & JERUK SEGERA

Beberapa hari lepas, saya ada berkongsi mengenai jeruk timun. Ada yang bertanya mengenai kandungan probiotik dalam jeruk.

TERDAPAT 2 JENIS JERUK

Jeruk sebenarnya ada dua jenis:

  1. Jeruk segera yang menggunakan cuka aka etanoik acid sebagai bahan perapan masam.
  2. Jeruk yang terhasil daripada proses fermentasi. Bakteria/ fungi menukarkan karbohidrat kepada glukosa (gula). Glukosa ditukarkan kepada etanol dan etanol kemudiannya teroksida kepada asid etanoik. Penghasilan asid etanoik akan memberikan rasa masam.

Dari segi rasa, kedua jeruk ini setanding jika bahan campuran jeruk segera adalah seimbang.

INFO MENGENAI JERUK FERMENTASI

Gambar hiasan: Google.com

Bezanya jeruk fermentasi mungkin mengandungi populasi mikroorganisma (contoh bifodo bacterium, propioni bacterium, lacto bacillus, lacto coccus dan streptococcus thermophilus) yang boleh memberikan kesan baik kepada tubuh badan atau juga dikenali sebagai probiotik jika dibandingkan dengan jeruk segera.

KETAHUI PERANAN PROBIOTIK DALAM JERUK FERMENTASI

Kajian menunjukkan probiotik boleh memainkan peranan dalam:

  • Sistem penghadaman yang baik.
  • Memperbaiki mood.
  • Mengurangkan masalah alahan.
  • Mengurangkan jangkitan saluran pundi kencing.
  • Mengurangkan risiko kanser usus

LARUTAN JERUK BERFUNGSI SEBAGAI ELEKTROKIT

Selain daripada itu, larutan jeruk sebegini juga boleh berfungsi sebagai elektrokit kerana tinggi kandungan mineral terutamanya natrium. Maksudnya meminum air jeruk boleh membantu merawat masalah kekejangan otot, dehidrasi disebabkan demam atau muntah.

MELALUI FERMENTASI, NUTRISI DIPECAHKAN KEPADA BENTUK MUDAH DISERAP BADAN

Proses fermentasi membantu dalam memecahkan nutrisi dalam makanan kepada bentuk yang lebih mudah diserap badan. Ini menjadikan makanan terfementasi mungkin lebih kaya dengan pelbagai zat tambahan daripada bentuk asalnya seperti vitamin C, B dan K.

Walau bagaimanapun, individu yang mempunyai masalah kesihatan berkaitan sistem imuniti atau mengambil ubat immunosuppressant atau HIV tidak digalakkan memakan jeruk yang difermentasi.

ANTARA MAKANAN YANG MENGANDUNGI PROBIOTIK SELAIN JERUK FERMENTASI

Gambar hiasan: Google.com

Selain daripada jeruk yang terhasil daripada proses fermentasi, makanan lain yang mungkin mengandungi probiotik adalah:

  • Tempoyak.
  • Yogurt.
  • Kefir.
  • Lassi.
  • Tempe.
  • Budu.
  • Cencalok.
  • Jeruk bambangan.
  • Bosou.
  • Kimchi.
  • Kicap.
  • Tauchu.
  • Kombucha.

Pun begitu, manfaat probiotik daripada makanan ini hanya boleh diperolehi apabila dimakan terus. Ini kerana haba memasak akan membunuh probiotik.

NOTA:

1. Peralatan dan propose membuat jeruk fermentasi haruslah bersih untuk mengelakkan pencemaran kuman berbahaya contoh Clostridium botulinum.

2. Untuk melambatkan peningkatan populasi bakteria dan mengelakkan pertumbuhan kulat yang berbahaya, jeruk perlu disimpan di dalam peti sejuk.

3. Sudu yang digunakan untuk mengambil jeruk haruslah bersih untuk mengelakkan pencemaran silang.

4. Bahan berasid atau cuka yang berlebihan mampu membunuh populasi bakteria baik. Sebab itu kandungan probiotik dalam jeruk segera ada sangat sedikit.

Semoga bermanfaat.

ChM Dr Fatimah Salim, Ahli Kimia.

Sumber: Facebook Fatimah Salim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×