Asuh

Jangan Tambah Garam, Gula, Kicap & Sos Dalam Makanan Bayi Usia 1 Tahun Kebawah!

90
SHARES

“Tambahkah garam sikit kat puree tu bagi ada rasa sedikit… kasihan tawar sangat”

Mesti ada dalam kalangan ibu yang menyediakan makanan buat bayi tertanya-tanya bahawa boleh atau tidak makanan bayi diletakkan perasa seperi garam atau gula? Maklumlah, bila tengok anak asyik meludah keluar balik makanan, mesti kita terfikir mungkin anak tidak sukakan rasa tawar tersebut.

Rupa-rupanya, jangan sesekali tambah perasa seperti gara, kicap atau sos dan gula di dalam makanan si bayi!

Jangan Tambah Kicap & Sos Dalam Makanan Anak

Inilah kesilapan yang sering berlaku dalam pemakanan anak anak kita. Sebenarnya, pada usia 1 tahun kebawah, makanan yang diberi bukan untuk SEDAP, tetapi untuk:

– Memperkenalkan tekstur makanan

– Menambah zat makanan (selain susu ibu)

– Memperkenalkan makanan lain selain susu ibu

– Kenalpasti alahan.

Mengapa tidak perlu tambah kicap, sos, gula dan garam?

1. Buah pinggang masih baru

Ia masih dalam fasa perkembangan. Garam berlebihan menyebabkan buah pinggang perlu bekerja lebih!

2. Deria rasa bayi sensitif

Deria rasa bayi berganda lebih sensirif berbanding orang dewasa. Walaupun tambahan sedikit garam sebenarnya ia sangat masin untuk bayi. Selain itu ia menyebabkan masalah yang berikutnya..

3. Menjadi picky eater

Akibat sering sangat terdedah dengan makan masin/ manis mereka akan menolak makanan lain yang tawar. Pilihan mereka sudah tentu makanan segera, frozen food yang sangat banyak bahan perasa. Selain itu, ia menyebabkan masalah lain seperti kerosakan gigi, sembelit dan masalah metabolik.

*Garam dan gula semula jadi dalam buah buahan dan bahan organik lain TIDAK SAMA dengan garam, gula yang ditambah ya.

Sumber: Public Health

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×