Famili

Bila Boleh Letak Garam Dalam Makanan Anak? Ini Jawapannya!

1
SHARES
garam dalam makanan bayi

Ramai ibu bapa di luar sana memilih untuk meletakkan garam dalam makanan bayi mereka kerana risau makanan yang dihidangkan tidak sedap untuk si kecil makan. Perlu diingatkan bahawa bayi sebenarnya tidak memerlukan garam dalam makanannya kerana buah pinggang mereka belum sesuai untuk memprosesnya.

Melalui susu ibu dan susu formula, bayi akan mendapat jumlah sodium yang mencukupi. Sekiranya bayi diperkenalkan dengan garam terlalu awal, terdapat pelbagai risiko boleh menganggu kesihatan seperti sakit buah pinggang. Jadi, pasti ibu bapa tertanya-tanya bila waktu sesuai boleh letak garam dalam makanan bayi kan?

Baca juga: Doktor Kongsi Kesan Bayi Hisap Puting Kosong & Tabiat Hisap Jari

GARAM DALAM MAKANAN BAYI BILA BOLEH LETAK SEBENARNYA?

garam dalam makanan bayi

Menerusi kajian yang dilakukan oleh NHS UK, Selepas bayi berumur 1 tahun, ibu boleh pertimbangkan untuk memperkenalkan secubit garam. Lebih baik sekiranya tidak memberi makanan berproses seperti biskut, pai, keropok, sup, sos, pizza, bacon, keju dan banyak lagi kerana gandungan garam yang tinggi.

Jumlah garam berbeza-beza bergantung kepada umur anak seperti penerangan di bawah:

  • Daripada umur 0 hingga 6 bulan: kurang 1 g garam setiap hari
  • Daripada umur 6 hingga 12 bulan: 1 g garam setiap hari
  • Daripada umur 1 hingga 3 tahun: 2 g garam setiap hari
  • Daripada umur 4 hingga 6 tahun: 3 g garam setiap hari
  • Daripada 7 hingga 10 tahun: 5 g garam setipa hari
  • Daripada umur 11 tahun ke atas: 6 g garam setiap hari

Antara makanan kurang garam yang ibu bapa boleh berikan kepada bayi adalah:

RISIKO TAMBAH GARAM DALAM MAKANAN

garam dalam makanan bayi

1. Tekanan darah tinggi 

Memulakan garam pada usia awal mungkin menyebabkan deria rasa bayi lebih suka kepada makanan masin. Terlalu banyak garam boleh menyebabkan risiko darah tinggi ketika dewasa. Tekanan darah tinggi pada kanak-kanak dikaitkan dengan risiko kesihatan seperti penyakit jantung.

2. Imuniti lemah 

Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan sistem imunisasi lemah. Kajian mendapati pengambilan garam terlalu banyak menyebabkan buah pinggang bekerja terlalu keras sehingga menghalang fungsi sistem imun untuk bertindak.

garam dalam makanan bayi

Jangan tambah garam pada susu atau makanan bayi dan jangan gunakan kiub stok untuk bayi kerana tidak sesuai. Sentiasa membaca label jika ingin membeli makanan di luar sebelum memberikannya kepada bayi.

Ingat, jika bayi didedahkan dengan garam terlalu awal, kemungkinan besar mereka akan mula menolak susu ibu atau susu formula kerana lebih gemar makanan berperisa.

Sumber: Action On Salt, Baby Centre UK, NHS UK 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×