Sihat

9 Cara Turunkan Darah Tinggi Secara Semulajadi, Boleh Cuba!

30
SHARES

Tekanan darah tinggi atau high blood pressure boleh membawa maut. Biasanya tekanan darah tinggi dirawat dengan ubatan. Walaupun ia berkesan, tetapi ubat darah tinggi punya kesan sampingan. Antara laporan kesan yang selalu diterima ialah kebas sampingan dan kaki cramp, pening dan insomnia.

Bagaimana kalau mahu tangani tekanan darah tinggi secara semulajadi. Adakah caranya? Jangan risau, setiap masalah pasti ada penyelesaian. Di bawah kami kongsikan 9 cara turunkan darah tinggi secara semulajadi. Jom cuba!

Baca juga: Ini Rawatan Kecemasan Jika Melecur, Jangan Salah Langkah Lagi Teruk!

9 CARA TURUNKAN DARAH TINGGI SECARA SEMULAJADI

Hasil banyak kajian tunjukkan 9 cara ini berkesan turunkan tekanan darah tinggi:

1. JALAN LAJU

Kajian mendapati jalan laju dapat turunkan tekanan darah sehingga 8mmHg. Senaman bantu jantung guna oksigen dengan lebih efisien. Jantung tidak perlu bekerja keras mengepam darah.

2. BERNAFAS SECARA DALAM

Caranya ialah dengan menarik nafas melalui hidung secara perlahan pada kiraan 5. Tahan sebentar nafas pada kiraan 4. Lepaskan perlahan pada kiraan lapan melalui mulut.

3. AMBIL MAKANAN TINGGI POTASSIUM 

Menurut kajian dari Northwestern University, manusia perlukan 2000-4000mg potassiuk setiap hari. Sumber terbaik potassium boleh diambil dari pisang, ubi keledek, beetroots, tembikai, bayam dan ikan salmon.

4. ElAKKAN GARAM

Hati hati dengan makanan tinggi garam. Kebanyakan makanan segera, bergoreng dan dimasak di kedai punyai kandungan garam tinggi.

5. AMBIL DARK CHOCOLATE 70%

Minuman dibuat dari Dark Chocolate 70% ke atas. Flavanols dalam dark chocolate jadikan pembuluh darah lebih elastik atau anjal.

6. AMBIL SUPLEMEN CoQ10

Kajian ke atas 12 penyelidikan dapati suplemen turunkan tekanan darah hingga 17mmHg/10mmHg. Sebabnya? Ia besarkan pembuluh darah.

7. ELAK AMBIL MINUMAN BERKAFEIN 

Kafein sebabkan pembuluh darah mengecil. Kajian dari Duke University dapati pengambilan kopi tinggikan tekanan darah.

8. MINUM TEH HIBISCUS

Kajian dari Tuft University dapati mereka yang minum teh ini turun systolic blood pressure sebanyak 7 poin dalam masa 6 minggu.

9. BELAJAR CARA KURANGKAN STRES

Cari hobi atau buat aktiviti chill out secara terancang. Selain membaca, zikir, meditasi, dengar muzik juga sangat membantu.  Tekanan darah tinggi boleh mengundang maut. Bahaya yang tidak terlihat.

9 cara ini bantu sekiranya dilakukan secara konsisten. Perubahan bermula dari diri sendiri. Cari titik kekuatan. Besarkan titik itu. Bertindaklah. Sekiranya anda didiagnos dengan darah tinggi, dan sedang mengambil ubat, dapatkan konsultasi dari pengamal perubatan.

Sumber: Facebook Dr Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×