Dapur

Betul Ke Garam Dapat Merawat Penyakit? Ini Kesan Garam Terhadap Kesihatan

18
SHARES
kesan garam

Garam bukan sahaja digunakan sebagai ‘pagar’ menghalang haiwan berbisa, namun ia digunakan dalam pelbagai fungsi oleh masyarakat. Ini termasuklah sebagai rawatan untuk merawat penyakit. Namun, anda perlu tahu kesan garam terhadap kesihatan sekiranya diambil secara berlebihan.

Melalui sumber Public Health Malaysia, semua jenis garam seperti garam buluh, garam bukit dan sebagainya mempunyai jumlah sodium yang hampir sama. Malah, sebenarnya garam buluh TIDAK mempunyai kesan untuk merawat penyakit kronik. Mari baca dengan lebih lanjut.

Baca juga: Alami Masalah Terlebih Berfikir (Overthinking) Pun Bahaya, Ini Apa Kata Doktor

BETUL KE GARAM DAPAT MERAWAT PENYAKIT?

kesan garam

Gambar hiasan: Google.

Garam bukan sahaja digunakan untuk ditabur di keliling rumah, tetapi ada pihak yang mempromosikan garam (garam buluh, garam bukit) sebagai rawatan untuk merawat menyakit.

KESAN GARAM TERHADAP KESIHATAN

KES 1: KESAN GARAM BULUH DIAMBIL 150G SELAMA 10 HARI

Seorang pelajar universiti yang berusia 20 tahun dikejarkan ke bahagian kecemasan setelah mengalami muntah berterusan melebihi 10X dan cirit birit untuk 2-3 jam.

Pemeriksaan lanjut mendapati tubuh badannya lemah. Ujian darah mendapati paras garam Sodium terlalu tinggi. Keadaan beliau dikenalpasti sebagai Hypernatraemia.

Rupa rupanya, beliau telah mengamalkan pengambilan garam buluh sebanyak 150gram setiap hari selama 10 hari untuk membantu penghadaman dan mengurangkan berat badan.

KES 2: KESAN GARAM BULUH DIAMBIL PESAKIT BUAH PINGGANG KRONIK YANG STABIL

Dalam kes berlainan, seorang pesakit buah pinggang kronik yang stabil dan dalam pemantaun pakar buah pinggang datang dengan kerosakan buah pinggang akut akibat pengambilan garam buluh yang diambil untuk menyembuhkan masalah buah pinggang.

KESAN GARAM BULUH TIDAK MEMPUNYAI KESAN MERAWAT PENYAKIT KRONIK

kesan garam

Gambar: PHM

Garam buluh, garam himalaya, garam kosher dan garam laut adalah sejenis garam dan ia mengandungi kandungan Natrium yang hampir sama. Oleh itu pengambilan harian perlu terhad dan tidak melebihi 1 sudu teh sehari.

Sebenarnya, garam buluh adalah sejenis garam biasa yang di masukkan ke dalam buluh dan dibakar selama 6-8 jam. Ia mungkin lebih bersih dan mengandungi kandungan potasium yang lebih tinggi, namun ia tetap sejenis garam dan TIDAK mempunyai kesan untuk merawat penyakit kronik.

RISIKO AMBIL GARAM SECARA BERLEBIHAN

Pengambilan garam berlebihan boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi, yang jika tidak dikawal akan menyebabkan penyakit jantung serta penyakit angin ahmar.

Apabila minuman seperti kopi pun ditambah dengan garam buluh , bayangkan berapa banyak garam yang anda ambil setiap hari.

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×