Sihat

Saintis Dapati Pasangan Tak ‘Supportive’ Tingkat Risiko Terkena Serangan Jantung

27
SHARES

Bunyi macam pelik dan sukar nak percaya, di mana pasangan yang tidak saling menyokong atau ‘supportive’ pada pasangan akan meningkatkan risiko serangan jantung. Namun melalui perkongsian dari Doktor Rizal Abu Bakar, kajian yang dibuat oleh saintis dari University of Utah mendapati keadaan jantung mereka yang ‘supportive’ pada pasangan ternyata lebih sihat.

Bagi pasangan sebaliknya pula, saluran arteri bertukar keras (coronary-artery calcification (CAC)). Sekaligus, meningkatkan risiko terkena serangan jantung.

Baca juga: Kerap Rasa Kebas Lepas Bangun Tidur? Mungkin Petanda 5 Masalah Kesihatan Ini

JANTUNG MEREKA YANG ‘SUPPORTIVE’ PADA PASANGAN LEBIH SIHAT – DAPATAN KAJIAN

Sekadar gambar hiasan: Joshua Ganderson – Flickr.

Percaya tak kalau tak supportive pada pasangan akan tingkatkan risiko serangan jantung? Bunyi macam pelik saja kan?

Itulah juga perasaan saintis dari University of Utah. Mereka kaji 150 pasangan yang dah berkahwin.

Teliti bahasa dan cara bagaimana pasangan ini berinteraksi. Menariknya, kajian mereka dapati jantung mereka yang supportive pada pasangan lebih sihat.

Pasangan yang asyik bertengkar, kutuk kat depan atau belakang, selalu tak setuju lain pula ceritanya. Saluran arteri tukar keras (coronary-artery calcification (CAC)).

Sekaligus tingkatkan risiko terkena serangan jantung. Hard Marriage Hard Heart begitulah kiranya.

Dalam kajian lain pula selama 25 tahun, lebih menakutkan. Pengkaji dapati mereka yang tidak supportive, 5 kali ganda mudah terkena serangan jantung.

Jadi apa yang boleh dipelajari dari kajian ini?

NAK JANTUNG SIHAT BERSAMA PASANGAN, LAKUKAN PERKARA BERIKUT

Sekadar gambar hiasan: NickNotas.com

Kalau nak jantung juga sihat buat perkara berikut:

  1. Santuni pasangan bukan sakiti.
  2. Dengari bukan leteri.
  3. Beri masa bukan ambil masa.
  4. Buat sama sama aktiviti bukan nafsi nafsi.
  5. Senyum selalu bukan kerut dahi cebik bibir.
  6. Banyakkan sentuhan bukan duduk berjauhan.
  7. Rajinkan offline dengan pasangan bukan dengan kenalan online.

Hormat sesama sendiri. Tiada yang sebelah terlebih sebelah terkurang. Masing masing cukup sempurna seadanya.

Boleh cuba.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×