Sihat

Kerap Rasa Kebas Lepas Bangun Tidur? Mungkin Petanda 5 Masalah Kesihatan Ini

43
SHARES
badan rasa kebas

Sesekali mempunyai badan rasa kebas atau kesemutan selepas bangun tidur adalah normal kerana salah satu tubuh telah tertindih. Ini disebabkan peredaran darah yang tidak lancar kerana tekanan pada saraf.

Namun melalui perkongsian kesihatan dari Doktor Zubaidi Haji Ahmad, sekiranya seseorang itu sering berasa kebas selepas bangun dari tidur, ia mungkin petanda kepada beberapa masalah kesihatan seperti di bawah. Jom baca!

Baca juga: Minyak Bawang Putih Boleh Bantu Normalkan Degupan Jantung, Ini caranya

KEKERAPAN RASA KEBAS LEPAS BANGUN TIDUR MUNGKIN IA PETANDA…

RASA KEBAS LEPAS BANGUN TIDUR? MUNGKIN PETANDA UNTUK 5 MASALAH KESIHATAN INI

Rasa kebas atau kesemutan ketika bangun tidur, biasanya berlaku ketika salah satu bahagian tubuh tertindih ketika tidur. Ini disebabkan peredaran darah yang tidak lancar kerana tekanan pada saraf.

Tapi dalam kes tertentu, kebas ketika bangun tidur juga boleh menjadi tanda penyakit yang tidak boleh diabaikan. Kebas yang hanya terjadi sesekali adalah perkara biasa dan tidak perlu dibimbangkan.

MUNGKIN PETANDA 5 MASALAH KESIHATAN TERSEBUT

Bagaimanapun keadaan itu boleh membimbangkan jika ia kerap terjadi dan boleh menjadi petanda beberapa penyakit termasuklah;

1. CARPAL TUNNEL SYNDROME

Sekadar gambar hiasan: Google.

Penyakit ini disebabkan oleh tekanan pada saraf utama di bahagian depan pergelangan tangan. Selain kerap kebas ketika bangun tidur, gejala lain penyakit ini adalah cengkaman tangan jadi kurang kuat dan mudah lenguh.

2. SPONDYLOSIS SERVIKS LEHER

Penyakit ini disebabkan cengkaman tulang belakang pada bahagian leher. Biasanya, masalah kesihatan ini sering terjadi dalam kalangan orang tua.

Selain kesemutan, tanda-tanda lain spondylosis serviks leher adalah tengkuk menjadi kaku selain kaki hilang sensasi.

3. NEUROPATI PERIFER

Sekadar gambar hiasan: Google.

Ia adalah sejenis penyakit yang disebabkan kerosakan pada sistem saraf. Saraf ini bertugas menerima dan mengirim signal di antara sistem saraf utama dan tubuh.

Gejala neuropati perifer yang biasa adalah sering mengalami kesemutan terutamanya ketika bangun pada waktu pagi, tubuh berasa sakit ketika bangun dan telinga berdengung.

4. DIABETES

Diabetes adalah penyakit kronik yang menyebabkan gula dalam darah tinggi. Keadaan ini terjadi ketika tubuh tidak efektif memberi respons terhadap insulin.

Salah satu gejala penyakit itu adalah kebas, tubuh berasa sengal selain kehilangan deria rasa dan sentuhan pada kaki.

5. KEKURANGAN VITAMIN B12

Vitamin B12 berguna untuk memastikan otak dan saraf berfungsi dengan baik. Kekurangan vitamin B12 boleh disebabkan masalah kesihatan seperti gastrik dan penyakit autoimun.

Gejala kekurangan vitamin B12 antara lain anggota badan kebas, sakit sendi dan otot serta nafsu makan menurun.

Sumber: Facebook Dr Zubaidi Hj Ahmad 

FT Image: freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×