Dapur

Minyak Bawang Putih Boleh Bantu Normalkan Degupan Jantung, Ini caranya

18
SHARES

Siapa sangka manfaat dari minyak bawang putih atau dikenali sebagai ‘garlic oil’ dapat membantu dalam menormalkan degupan jantung. Bukan itu sahaja, bawang putih itu sendiri dapat menguatkan sistem imun selain mengandungi seribu satu nutrisi lain.

Melalui perkongsian yang dibuat oleh Doktor Rizal Abu Bakar, dari sumber kajian mendapati, peserta bermasalah degup jantung tinggi menunjukkan perubahan kadar degupan jantung sebanyak 12% setelah mengamalkan minum garlic oil selama 6 minggu.

Baca juga: Rupanya Banyak Manfaat Rebung, Boleh Turunkan Kolestrol & Kulit Kekal Cantik!

SUMBER NATURAL YANG MENYIMPAN 1001 NUTRISI MEMBAIK PULIH TUBUH BADAN MANUSIA

Garlic oil bantu normalkan kadar degupan jantung.

Kajian dapati peserta dengan masalah degup jantung tinggi yang amal minum garlic oil selama 6 minggu. Kesannya? Penurunan kadar degup jantung sebanyak 12%.

Anugerah terbaikNya. Sumber natural yang menyimpan 1001 nutrisi untuk membaik pulih tubuh.

Garlic kuatkan sistem imun, menguatkan tulang, legakan stres, kawal berat badan. Hapuskan cacing dalam usus dan detoks melalui penghasilan glutathione.

Garlic tinggi selenium iaitu sejenis mineral bantu detoks organ hati. Dengan aktifkan enzim yang bolehkan tubuh singkirkan toksin secara semula jadi.

RESEPI HOMEMADE GARLIC OIL MUDAH!

Sementara itu, di hantaran lain, beliau turut berkongsikan resepi garlic oil yang boleh disediakan sendiri di rumah. Menurut Doktor Rizal, anda boleh jadikan garlic oil sebagai bahan sapuan di atas roti wholegrain. Memang sedap!

Nak buat homemade garlic oil ni teramat mudah. Dahlah sihat dan elok untuk jantung. Resepi ni boleh sapu pada roti wholegrain. Lembut dan sedap bak mentega.

HANYA PERLU 4 BAHAN:

  • 15-25 ulas garlic (kupas kulit).
  • Minyak extra virgin oil asli.
  • 1 atau 2 tangkai daun rosemary.
  • 2 atau 3 helai bay leaves.

CARA PENYEDIAANNYA:

  1. Caranya hanya perlu slow roast dalam oven.
  2. Guna suhu rendah.
  3. Sampai garlic bertukar warna keperangan dan lembut.

Kalau nak pedas sikit. Letak chilli flakes.

Nanti boleh cicah dengan roti. Atau buat sandwich. Tambah protein digabungkan dengan lemak sihat ni. 

Kalau nak simpan. Simpan dalam peti sejuk. Elakkan terdedah dengan biarkan penutup terbuka. Tahan selama 2 minggu.

Bolehlah cuba.

Sumber: Facebook DrRizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×