Sihat

7 Petua Tradisional Hilangkan Lenguh Kaki, Nak Jalan 10 Ribu Langkah Pun Tak Ada Masalah!

1
SHARES
kaki lenguh

Mengalami kaki lenguh dan sakit tanpa tahu apakah puncanya memang kurang menyenangkan. Pelbagai posisi berdiri dan duduk telah dicuba namun masih rasa tidak selesa dan boleh menganggu kualiti rehat anda. Malah, untuk mengurangkan rasa lenguh ini ada dalam kalangan anda yang terpaksa berjumpa dengan doktor untuk dapatkan rawatan perubatan. Rumit kan?

Ada perkongsian di laman Facebook milik Puan Leha Yusuf tentang 7 petua yang dapat bantu hilangkan kaki lenguh dan sakit ini menggunakan cara tradisional. Ternyata, semua petua yang dikongsikan sangat mudah dan mujarab supaya anda tidak perlu pergi ke klinik lagi.

Baca juga: Cara Hilangkan Migrain Berdenyut Guna Terapi Ais Kiub, Lepas 5 Minit Dah Ringan Kepala!

7 PETUA BANTU HILANGKAN KAKI LENGUH DAN SAKIT

kaki lenguh

Foto: Freepik

1.Rendam kaki dengan air garam bukit

Cuba rendam kaki dengan air suam. Jika rasa lenguh kaki itu hingga ke betis, gunakan baldi yang tingi untuk mengisi air suam tersebut sehingga paras betis. Tambahkan satu sudu makan garam bukit, kemudian kuncupkan jari kaki di dalam air, tahanlah selama 10 saat, dan kembali semula ke kedudukan asalnya. Ulang beberapa kali sehingga telapak kaki anda terasa lebih ringan.

2.Tuam dengan ais

Lutut sering menjadi pusat rasa lenguh kaki. Jadi, cubalah tuam sekeliling lutut dengan ais batu yang telah dibungkus dengan tuala. Lakukan juga di bahagian atas dan telapak kaki. Buatlah selama 10-15 minit dan pastikan kaki anda berada di tempat yang posisinya lebih tinggi.

3.Tidur dengan posisi kaki lebih tinggi

Cuba atasi lenguh kaki dengan meletakkan kaki pada posisi yang lebih tinggi ketika nak tidur. Boleh gunakan bantal untuk meletakkan kaki, sehingga kaki berada dalam kedudukan yang lebih tinggi. Posisi ini boleh membuatkan perjalanan darah di kaki menjadi lebih lancar serta mampu mengurangkan tekanan pada kaki.

4.Minuman panas

Cara lain untuk meredakan lenguh pada kaki boleh dikurangkan dengan meminum air panas yang telah dicampur madu dan lemon atau air rebusan halia. Ia dapat merehatkan tulang dan otot di tubuh.

5.Lumur dengan halia dan bawang putih

Kaki yang lenguh juga boleh diatasi dengan menggunakan ramuan halia muda dan bawang putih. Caranya buang kulit pada halia dan bawang putih tersebut kemudian tumbuk sehingga lumat/hancur. Biar sampai sedikit berair, selepas itu tampal dan lumurkan pada bahagian kaki yang lenguh. Sebaiknya lumur pada sebelah malam dan biarkan semalaman. Keesokannya bersihkan dan kemudian sapukan pula sedikit minyak zaitun.

6.Daun Rosemary

Daun rosemary yang segar atau kering dikatakan mengandungi empat anti peradangan yang mampu meredakan sakit otot dan mempercepatkan penyembuhan. Ambil daun rosemary yang telah dicampur dengan air panas mendidih, biarkan suam sedikit, kemudian gunakannya sebagai pembilas ataupun pembersih kaki.

7.Urut kaki

Untuk meredakan kaki lenguh mak-mak boleh mengurut lembut kaki, mulai dari betis sampai ke telapak kaki bagi melancarkan kembali perjalanan darah. Boleh gunakan minyak zaitun, losyen badan, body oil ataupun minyak urut bagi memudahkan lagi proses mengurut kaki.

kaki lenguh

Foto: Freepik

*Selamat mencuba!

Baca juga: Rasa Berdebar & Kerap Sakit Kepala? Ini Tanda Anda Kena Mandi Air Garam Untuk Aura Positif!

Sumber: Leha Yusuf

Foto: Freepik

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×