Asuh

Pakar Kongsi Jumlah Kuantiti Makanan 6x Sehari, Dari Anak Usia 6 Bulan Hingga 6 Tahun!

5
SHARES
menu makanan

Dua tahun pertama kehidupan kanak-kanak, merupakan tempoh yang penting untuk membesar dengan sumber pemakanan yang baik. Justeru itu, jumlah kuantiti menu makanan enam kali sehari dan mengikut umur kanak-kanak ini, wajar dijadikan panduan ibu bapa seperti dikongsikan Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah.

Baca juga: 6 Idea Hias Bilik Tidur Anak Dengan Elemen Haiwan, Baru Ada ‘Vibe’ Safari!

MENU MAKANAN

menu makanan

Gambar: rawpixel.com

Pemakanan sangat penting dalam kehidupan kanak-kanak terutama dalam tempoh dua tahun pertama kehidupan mereka. Pemakanan yang baik membantu memastikan pertumbuhan yang sihat, menguatkan sistem imun dan meningkatkan perkembangan otak kanak-kanak.

Pasti ibu bapa pernah terfikir, apakah jumlah makanan yang cukup buat anak-anak? Terkurang makan atau terlebih makan?

Berikut adalah contoh saranan jadual makan dan kuantiti pemberian makanan bayi dan kanak-kanak. Semoga ibu ayah terinspirasi dan dapat menyediakan makanan yang terbaik buat anak-anak.

Baca juga: Ibu Kongsi 10 Menu Sumber Karbohidrat Berbeza, Tarik Selera Anak Tak Suka Makan Nasi!

1. Bayi 6 hingga 8 bulan (~600 kkal)

menu makanan

Gambar: pressfoto

Sarapan

  • 1 senduk bubur nasi
  • 1 sudu teh ayam
  • 1 sudu makan labu

Minum pagi

  • 1 sudu makan lobak merah dilecek
  • 1 sudu makan kentang lecek
  • 1 gelas susu

Makan tengah hari

  • 1 senduk bubur nasi
  • 1 sudu teh ikan
  • 1 sudu makan lobak

Minum petang

  • 1-2 sudu makan pisang lecek
  • 1 gelas susu

Makan malam

  • 1 senduk bubur nasi
  • 1 sudu teh ayam
  • 1 sudu makan labu

Susu ibu harus diberikan mengikut kehendak bayi.

Baca juga: Himpunan 16 Doa Harian Mudah Hafal, Boleh Diajarkan Pada Anak-Anak!

2. Bayi 9 hingga 11 bulan (~690 kkal)

Sarapan

  • 1 senduk bubur nasi pekat
  • 1 sudu teh ikan
  • 1 sudu makan bayam
  • 1 1/2 sudu lobak
  • 1 gelas air kosong

Minum pagi

  • 1 biji pisang dipotong kecil
  • 1 gelas susu

Makan tengah hari

  • 1 1/2 senduk bubur nasi pekat
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu makan bayam
  • 1 1/2 sudu lobak
  • 1 gelas air kosong

Minum petang

  • 1/2 potong betik dipotong kecil
  • 1 gelas susu

Makan malam

  • 1 1/2 senduk bubur nasi pekat
  • 1 sudu teh ikan
  • 1 sudu makan bayam
  • 1 1 /2 sudu lobak
  • 1 gelas air kosong

Baca juga: Selalu Marah Anak Hingga Timbul Rasa Tak ‘Best’, Ini 5 Tips Untuk Ibu Bapa!

3. Kanak-kanak 1 hingga 3 tahun (~940 kkal)

Gambar: tirachardz

Sarapan

  • 1/2 cawan bijirin sarapan + 7 biji kismis
  • 1 gelas susu

Minum pagi

  • 3 ketul cekodok pisang
  • 1 gelas susu (150ml)

Makan tengah hari

  • 1 senduk nasi putih
  • 1/2 ketul ayam masak halia
  • 4 sudu makan bayam goreng
  • 1/2 potong tembikai

Minum petang

  • 1 biji karipap
  • 1 gelas minuman bermalta

Makan malam

  • 1 senduk nasi putih
  • 1 biji telur sweet sour
  • 4 sudu makan bayam goreng
  • 1/2 potong betik

Minum malam

  • 1 potong betik
  • 1 gelas susu

Baca juga: 5 Tema Menarik Deko Bilik Tidur Si Kecil, Ruang Privasi Anak Macam Dunia Fantasi!

4. Kanak-kanak 4 hingga 6 tahun (~1255 kkal)

Sarapan

  • 1 keping roti celup telur
  • 1 gelas susu

Minum pagi

  • 1 biji pau mini inti kacang
  • 1 biji pisang emas
  • 1 gelas minum bercoklat

Makan tengah hari

  • 1 1/2 senduk nasi putih
  • 1/2 ekor ikan masak kicap
  • 4 sudu makan bayam goreng
  • 1/2 potong tembikai

Minum petang

  • 1 keping kek pisang
  • 1 gelas susu

Makan malam

  • 1 mangkuk mi sup
  • 1/2 biji buah lai
  • 1 gelas air kosong

Minum malam

  • 3 keping biskut
  • 1 gelas susu
menu makanan

Sumber gambar dari MOH/K/BPM/02.21(BK) Modul Latihan Penyediaan Makanan di Taska,Tabika dan PraSekolah.

Baca juga: 5 Tips Kreatif Rangsang Bayi Merangkak, Ikut Cara Ini Jika Mama Papa Belum Tahu!

Sumber: Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah

FT Image: pressfoto

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×