Cantik

Cara Hilangkan Kelemumur Guna Daun Limau Purut, Lega Kulit Kepala Dah Tak Gatal!

8
SHARES
CARA HILANGKAN KELEMUMUR

Kulit kepala gatal dan banyak kelemumur boleh menyebabkan anda tidak selesa. Bagi mengatasi masalah ini, terdapat satu petua cara hilangkan kelemumur menggunakan daun limau purut seperti perkongsian Puan Leha Yusuf di laman Facebooknya.

Petua yang menjimatkan ini sangat berkesan sekiranya anda konsisten melakukannya. Mudah sahaja dan tidak memerlukan bahan lain. Jom cuba!

Baca juga: Rawatan Resdung Guna Bawang Besar, Lega Habis Semua ‘Khazanah’ Keluar

CARA HILANGKAN KELEMUMUR GUNA DAUN LIMAU PURUT

CARA HILANGKAN KELEMUMUR

Siapa yang mengalami masalah kelemumur dan dah penat bertukar syampu namun hasilnya tetap sama, apa kata anda cuba daun limau purut pula.

Cara-caranya:

1. Ambil 10 helai daun limau purut dan kisar bersama sedikit air. Jangan terlalu cair.

2. Kalau rajin boleh juga tumbuk. Kemudian campurkan dengan sedikit air sehingga menjadi pes.

3. Selain itu, boleh juga menggunakan mesin tapi agak-agak airnya. Jangan terlalu cair.

4. Selepas bersyampu, ambil pes tadi dan letakkan di kepala.

5. Ratakan ke seluruh kulit kepala dan rambut.

6. Urut kepala supaya pes tadi meresap. Biarkan seketika dalam 1 hingga 2 minit dan bilas sehingga bersih.

Anda boleh konsisten menggunakan petua ini sampai hilang kelumumur ye.

Pasti berksan. Selamat mencuba!

Baca juga: Petua Paling Senang Dan Cepat Buang Angin Dalam Badan, Memang Lega!

Sumber: Facebook Leha Yusuf

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×