Cara menghilangkan kelemumur boleh diatasi dengan menggunakan bahan semula jadi atau rawatan mudah yang boleh dilakukan sendiri di rumah. Pelbagai kaedah semula jadi ini dapat menghilangkan kelemumur, serta mengatasi kegatalan pada kulit kepala yang disebabkan olehnya.
Baca juga: Petua Licinkan Pipi Wajah Dari Parut Jerawat Hitam, Guna 3 Bahan Hebat Ini!
CARA MENGHILANGKAN KELEMUMUR
Menurut Alo Dokter, kelemumur muncul lebih kerap pada orang yang jarang mencuci rambut atau tidak menjaga kebersihan rambut. Ia juga boleh muncul akibat pengeluaran minyak atau sebum yang berlebihan pada kulit kepala, tekanan, perubahan hormon dan penyakit tertentu, seperti kulit kepala kulat, psoriasis dan dermatitis seborrheic.
Selain daripada menggunakan syampu anti kelemumur, terdapat pelbagai cara semula jadi untuk menghilangkan kelemumur yang boleh lakukan sendiri di rumah.
1. Sapu minyak kelapa
Cara semula jadi pertama untuk menghilangkan kelemumur adalah dengan menggunakan minyak kelapa. Minyak kelapa berasal dari ekstrak inti kelapa segar atau inti kelapa yang telah dikeringkan. Minyak ini boleh melembapkan kulit kepala dan rambut, serta meluruskan dan menyuburkan rambut.
- Sapukan minyak kelapa pada kulit kepala, kemudian urut perlahan-lahan dan biarkan semalaman.
- Pada waktu pagi, basuh rambut anda seperti biasa.
2. Menaburkan baking soda
Baking soda boleh digunakan untuk mengurangkan kegatalan dan membuang sel kulit mati yang terkumpul di kulit kepala. Ramuan ini juga boleh membasmi kulat yang menyebabkan kelemumur. Bagi mendapatkan hasil yang maksimum:
- Taburkan soda penaik secukupnya pada rambut basah secara merata, urut kulit kepala dan biarkan selama 1–2 minit.
- Kemudian syampu dan bilas rambut sehingga benar-benar bersih.
3. Lidah buaya (aloe vera)
Ciri-ciri anti-radang dan antikulat aloe vera dikenali untuk merawat keradangan pada kulit kepala yang mencetuskan kelemumur. Selain sebagai cara semula jadi untuk menghilangkan kelemumur, lidah buaya juga boleh melegakan kegatalan dan menguatkan rambut.
- Kupas kulit aloe vera dan lumatkan 1 batang lidah buaya, campurkan dengan 1 sudu minyak kelapa.
- Sapukan masker pada rambut dan kulit kepala. Kemudian, tutup rambut anda dengan shower cap dan balut kepala dengan tuala yang direndam dalam air suam.
- Biarkan selama 30 minit kemudian basuh rambut seperti biasa. Lakukan rawatan ini seminggu sekali sehingga kelemumur hilang.
4. Air lemon
Bahan lain yang dipercayai sebagai cara semula jadi untuk menghilangkan kelemumur adalah air lemon. Manfaat ini diduga disebabkan oleh sifat antikulat dalam lemon.
- Sediakan 2 sudu teh air lemon, lalu sapu pada kulit kepala.
- Diamkan selama beberapa minit, kemudian basuh rambut sehingga bersih.
Baca juga: Jus Kunyit Resepi Turun-Temurun, Rahsia Penjagaan Dalaman Wanita Zaman Dulu!
5. Minyak pokok teh (Tea tree oil)
Tea tree oil berasal daripada penyulingan wap daun pokok teh. Bersyampu dengan minyak pokok teh adalah cara semula jadi untuk menghilangkan kelemumur yang telah terbukti secara saintifik. Ini disebabkan oleh keupayaan minyak pokok teh untuk melawan kulat yang menyebabkan kelemumur.
Minyak pokok teh ini perlu dilarutkan atau dicampur dengan carrier oil dan tidak digalakkan untuk disapu terus ke kulit kepala. Kalau nak lebih praktikal, boleh juga campurkan dengan syampu yang digunakan untuk mencuci rambut.
- Campurkan 2–3 titis minyak pokok teh dengan jumlah syampu yang biasa anda gunakan.
- Sapukan campuran ini pada kulit kepala dan rambut.
- Urut kepala perlahan-lahan supaya tea tree oil meresap ke dalam kulit.
- Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas rambut sehingga bersih.
6. Menggunakan masker pisang
Pisang mempunyai kesan pelembab, jadi ia boleh digunakan untuk merawat kulit kepala kering yang mencetuskan kelemumur.
- Lenyek 1 biji pisang, kemudian sapu pada rambut dan kulit kepala.
- Biarkan masker pisang ini selama 1 jam, kemudian bilas dengan air suam.
7. Syampu dengan cuka pati epal
Asid dalam cuka epal dipercayai mampu mengurangkan dan menyekat pertumbuhan kulat penyebab kelemumur. Bagaimanapun, penggunaan cuka epal sebagai cara menghilangkan kelemumur secara semula jadi masih memerlukan kajian lanjut bagi memastikan keberkesanannya.
Namun, tiada salahnya mencuba bahan semula jadi ini. Bagi melakukan ini:
- Campurkan ½ gelas cuka pati epal dengan 1 gelas air.
- Syampu dan bilas rambut anda seperti biasa.
- Kemudian gunakan larutan cuka sari epal sebagai bilasan terakhir.
Elakkan menggunakan cuka pati epal tanpa melarutkannya terlebih dahulu atau menyapunya terus ke kulit kepala, kerana ia boleh merengsakan kulit yang ditandakan dengan rasa terbakar.
Baca juga: Petua Hilang Sunburn Muka, ‘Apply’ Masker Ini, Lepas 3 Hari Nampak Kesan Pulih!
Sumber: Alo Dokter
FT Image: beautifulhameshablog / freepik