Cantik

Bakal Pengantin Boleh Cuba Petua RAMBUT Lebat Ini, Baru Yakin Menawan Malam Pertama!

52
SHARES
petua rambut lebat

Masalah rambut keguguran memang banyak berlaku disebabkan pelbagai faktor. Lagi-lagi kalau anda seorang wanita yang bakal berkahwin, pastinya menginginkan mahkota itu kelihatan sempurna di mata suami tatkala melihatnya buat pertama kali. Justeru itu, untuk mengurangkan kegusaran anda apa kata cuba ikuti petua rambut lebat di bawah ini.

Petua rambut lebat ini hanya menggunakan gabungan dua bahan semula jadi yang terkenal akan kelebihannya iaitu santan dan aloe vera sahaja. Di mana, ia dipercayai dapat membantu mengatasi masalah keguguran rambut. Jom lihat caranya!

Baca juga: Petua Hilangkan LEMAH BADAN Dengan Lulur Kunyit Hidup, Sangat Mujarab!

PETUA RAMBUT LEBAT

petua rambut lebat

Gambar: Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja

Rambut semakin lebat tanpa gugur

Ini adalah resipi mak mertua yang sebulan lalu yang Tieja nak kongsikan. Disebabkan tengok adik buat macam menjadi, jadi Tieja cuba dalam sebulan.

Alhamdulillah, berjaya. Dalam seminggu dah nampak sebenarnya banyak anak rambut tumbuh bahagian depan. Kena konsisten ya, Tieja alami rambut gugur masa mengandung hari itu.

Pakai macam-macam syampu tak jalan, akhirnya buat pati macam ini baru jalan.

Baca juga: Air Rebusan Cuci RAHIM Lepas Haid, Minum Sebulan Sekali Badan Ringan Macam Kapas!

Bahan-bahan:

petua rambut lebat

Gambar: Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja

Cara pakai:

petua rambut lebat

Gambar: Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja

  1. Campurkan santan kelapa dan aloe vera di dalam mesin pengisar untuk dikisar sehingga hancur.
  2. Lumur macam nak pakai minyak atau serum rambut atau sedang bersyampu.
  3. Sikat bagi sekata seluruh rambut.
  4. Balut dengan tuala dalam 30-45 minit.
  5. Kemudian, bilas seperti biasa.

Nak guna syampu pun tiada masalah, mana tahu korang tak tahan dengan bau santan.

Selamat mencuba dan kongsi ye, semoga bermanfaat.

Baca juga: Cara Buat SCRUB Badan Semula Jadi Guna Beras Disangai Je, Hebatnya Petua Lama!

Sumber: Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja

FT Image: maramorosz  / Nurtieja Sheikh Ismail Nurtieja

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×