Cantik

Keguguran Rambut & Gatal Kulit Kepala – Ini 5 Sebab Wanita Berhijab Alami Masalah Rambut

764
SHARES

Bagi wanita berhijab, penjagaaan rambut pastinya penting bagi memastikan rambut anda kekal sihat. Jangan sesekali anda abaikan penjagaan rambut kerana ia akan menimbulkan pelbagai masalah seperti keguguran dan masalah kelemumur. Ia juga boleh menjejaskan tugas harian anda tau.

Haa..bagi anda yang tak tahu, ini antara perkara yang boleh menyebabkan rambut rosak dan tak sihat. Cuba check satu demi satu, mana tahu dalam tak sedar anda sebenarnya ada buat benda-benda yang kami senaraikan.

1. Tidak menukar anak tudung dengan kerap

Sesetengah wanita suka memakai anak tudung yang sama berulang kali tanpa mencuci. Bagi mereka bila pakai dekat dalam orang tak nampak, jadi tiada masalah untuk pakai berulang kali. Sebenarnya tabiat ini tak bagus kerana boleh menyebabkan rambut anda berbau.

Untuk mengelakkan perkara ini, anda janganlah pakai anak tudung yang sama berulang kali tanpa membasuhnya. Mungkin nampak bersih tapi sebenarnya banyak kelemumur dan juga peluh yang dah melekat si situ. Seeloknya tukar setiap hari atau dua hari sekali.

2. Mengikat rambut dengan terlalu ketat

Anda yang berhijab mesti suka mengikat rambut ketat-ketat maklumlah risau sanggul rambut terjatuh. Tapi, tahu tak sebenarnya ia boleh menyebabkan rambut anda mudah gugur dan putus. Selain itu, anda juga akan mengalami sakit kepala bila rambut diikat terlampau ketat.

Sebaiknya, anda longgarkan sedikit ikatan rambut dan jika di rumah biarkan saja rambut tak berikat supaya tak nampak kusut. Barulah rambut makin sihat!

3. Mengikat rambut ketika basah

Ramai dalam kalangan wanita berhijab sering membasahkan rambut supaya rasa segar sebelum nak keluar atau ke tempat kerjaTapi, tahu tak bila anda terus memakai tudung ketika rambut basah ia akan membuatkan rambut anda berbau.

Rambut yang tertutup dalam keadaan basah juga akan mengakibatkan masalah kelemumur selain menjadi kusut dan membuatkan hujung rambut berbuah atau bercabang. Selain itu, kulit kepala anda juga lebih mudah berminyak. Jadi, pastikan anda keringkan dahulu rambut dulu sebelum memakai tudung.

4. Tabiat pemakanan yang tidak sihat

Untuk penjagaan luaran anda juga mestilah bermula dari dalam. Pengambilan nutrisi makanan yang seimbang dan menyihatkan juga penting bagi kesihatan rambut anda. Pemakanan yang tak terkawal boleh menyebabkan hormon anda menjadi tidak stabil dan pengaliran darah juga kurang lancar.

Anda mesti mendapatkan nutrisi yang cukup bagi menjaga kesihatan dan penampilan rambut. Kebanyakan makanan dah tersedia nutrisi protein, zat besi dan vitamin untuk menyihatkan dan menyegarkan rambut anda.

5. Tersalah pilih syampu

Syampu adalah produk penjagaan rambut yang penting, jadi anda perlu memilih produk penjagaan rambut dengan betul kerana tak semua jenis syampu sesuai untuk wanita yang berhijab.

Jika tersalah pilih boleh menyebabkan masalah kelemumur, gatal-gatal kulit kepala, melemahkan akar rambut dan masalah keguguran rambut anda bertambah.

SUNSILK HIJAB Recharge penyelesaian masalah rambut anda!

Kini anda dah tak perlu risau lagi dengan adanya syampu SUNSILK HIJAB RECHARGE Segar Kulit Kepala yang direka khusus untuk rambut berhijab. Ia dirumus khas dengan Ais Micellar bagi menghilangkan minyak yang berlebihan, sisa peluh dan kekotoran.

Ditambah pula dengan teknologi Fragrance Release Pearls terkini yang memberikan rambut anda wangian tahan sehingga 48 jam! Syampu SUNSILK HIJAB RECHARGE Segar Kulit Kepala juga mengandungi buah tin yang mempunyai antioksida yang baik untuk rambut anda.

Anda tunggu apa lagi? Sekarang anda boleh dapatkan produk SUNSILK HIJAB secara percuma ! Dengan SUNSILK HIJAB RECHARGE Segar Kulit Kepala, tiada lagi masalah rambut gugur, kusam dan kusut bagi wanita berhijab, bestnya!

Untuk maklumat lanjut tentang syampu SUNSILK HIJAB RECHARGE Segar Kulit Kepala, anda boleh mendaftar di SINI untuk mendapatkan produk percuma SUNSILK HIJAB.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×