Dapur

Cara Buat Sosej Cheese Ayam Homemade, Versi Sihat Lebih Sedap & Puas Makan!

11
SHARES
SOSEJ CHEESE

Sosej dan anak-anak memang tidak dapat dipisahkan. Nak lebih sihat dan sedap, buat sahaja sosej cheese sendiri di rumah menggunakan ayam segar tanpa sebarang lemak.

Bahan-bahannya mudah sahaja dan tidak mengambil masa yang lama untuk membuatnya. Boleh juga disimpan frozen untuk kegunaan masa akan datang.

Baca juga: Resepi Pulut Udang Ala Kampung, Inti Cukup Rasa & Sedap Makan Panas-Panas

CARA BUAT SOSEJ CHEESE HOMEMADE, LEBIH SIHAT DAN SEDAP

SOSEJ CHEESE

Bahan-bahan:

  • 4 ketul bahagian isi ayam
  • 2 sudu kecil serbuk bawang putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada sulah
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 batang lobak merah
  • 1 batang saderi
  • 2 sudu kecil mushroom seasoning
  • 1 tin cendawan butang
  • Mixed shredded cheese
  • 3 sudu besar butter yang sudah dicairkan
  • Garam secukupnya

Cara penyediaan:

1. Kisar semua bahan di atas kecuali cheese.

2. Bila dah hancur baru tambah cheese. Gaul sebati.

3. Kemudian, masukkan dalam piping bag dan pipekan ke dalam sausage mould. Kukus sehingga masak.

4. Bila nak guna, boleh goreng atau lebih sihat sekiranya grill di atas kuali.

Mudah kan? Anak-anak pasti suka. Selamat mencuba!

Baca juga: Resepi Popia Begedil Rangup Dan Mudah, Lagi Sedap Cicah Dengan Sambal Kicap Pedas!

Sumber: Facebook Norhidayah Mohd Aripin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×