Dapur

Resepi Pulut Udang Ala Kampung, Inti Cukup Rasa & Sedap Makan Panas-Panas

240
SHARES
pulut udang

Pulut panggang atau pulut udang merupakan salah satu kuih Melayu tradisional. Jika pergi pasar malam, pasti ada gerai yang menjual kuih ini.

Nak lagi sedap dan puas hati, boleh sahaja buat pulut udang di rumah seperti perkongsian Ariff Budiman Zainal Abidin di laman Facebooknya. Boleh juga simpan untuk stok frozen, mudah kan?

Baca juga: Resepi Ayam Mangga & Ikan Siakap Thai Viral, Masam Manis Cukup Semua Rasa!

RESEPI PULUT UDANG, MAKAN PANAS-PANAS SEDAP

PULUT UDANG

Bahan-bahan pulut:

Cara-cara:

1. Cuci beras sehingga bersih dan rendam selama 30 minit.

2. Kukus sehingga masak. Bila dah masak, keluarkan dan gaul dengan santan serta garam.

3. Kukus beberapa minit sehingga sebati dan masak. Biarkan sejuk.

Bahan-bahan inti:

  • 3 cawan kelapa parut putih – Dalam 1 biji
  • 2 batang serai
  • 2 ulas bawang merah
  • 2 sudu besar udang kering – dalam segenggam
  • 1 inci kunyit hidup atau serbuk kunyit
  • 2-3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu besar jintan manis – tumbuk halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar gula
  • Sedikit udang hidup – Goreng dulu dan asingkan

Cara penyediaan:

1. Kisar serai, bawang merah, udang kering, kunyit, cili kering dan jintan manis sehingga lumat.

2. Kemudian, panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan garing.

3. Perasakan dengan garam dan gula.

4. Kisarkan kelapa bagi halus dan masukkan ke dalam bahan tumisan. Kacau sehingga sebati.

5. Bila dah sejuk, boleh letakkan inti di atas pulut yang sudah dileperkan.

6. Panggang atas api sehingga garing atau boleh juga menggunakan oven.

Ikut cita rasa masing-masing nak saiz pulut kecil atau besar.

Selamat mencuba!

Baca juga: Rahsia Cucur Jagung Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Kena Bancuh Dengan Air Ini

Sumber: Facebook Ariff Budiman Zainal Abidin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×