Dapur

Isteri Kongsi Resepi Ayam Panggang Rosemary Kesukaan Suami, Confirm ‘Terangkat’!

39
SHARES
RESEPI AYAM PANGGANG

Ayam panggang sudah tentunya menjadi menu kegemaran ramai kerana mudah untuk disediakan. Seperti perkongsian seorang wanita di laman Facebook, resepi ayam panggang rosemary yang dibuat menjadi kesukaan suami dan anak-anak.

Ayam bakar rosemary ini memang sedap jika dipadankan dengan kuah blackpepper buatan sendiri. Nak tahu macam mana? Ikuti resepi lengkap di bawah.

Baca juga: Cara Simpan Bahan Masakan Untuk Jimat Masa, Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

RESEPI AYAM PANGGANG ROSEMARY, CONFIRM SEDAP!

RESEPI AYAM PANGGANG

Bahan-bahan:  

  • 1 ekor ayam
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar rosemary kering
  • 1 inci halia
  • 1 sudu besar lada hitam
  • 1 sudu besar jintan kasar/manis
  • 2 sudu besar gula perang
  • 2 sudu kecil garam
  • 3 sudu besar olive oil
  • 2 sudu besar jus limau/lemon
  • 3-5 biji kentang (buang kulit dan potong 4)
  • 6 biji baby karot (optional)
  • Sedikit mentega

Cara penyediaan ayam rosemary:

1. Letak ayam dalam loyang bakar yang sesuai. Tumbuk halia dan gaul dengan ayam.

2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Ketepikan.

3. Tumbuk rosemary hingga lumat. Masukkan lada hitam dan jintan kasar.

4. Kemudian masukkan bawang putih yang digoreng tadi dan tumbuk lagi.

5. Masukkan lebihan minyak zaitun (yang diguna goreng bawang putih tadi), gula perang, garam dan jus lemon dalam rempah yang ditumbuk. Gaul hingga sebati.

6. Susunkan kentang dalam loyang yang sama dengan ayam. Gaulkan rempah pada ayam dan kentang.

7. Panaskan ketuhar 180 darjah. Bakar sehingga ayam masak. Lebih kurang 40 minit hingga 1 jam. Saya bakar dalam 45 minit. Bergantung kepada kepanasan oven masing-masing.

Bahan-bahan sos blackpepper:

  • Setengah peket serbuk gravy chicken
  • Susu full cream separuh kotak
  • Buttercup
  • Blackpepper
  • Mushroom slice dalam tin
  • Olive oil
  • Bawang holland sebiji

RESEPI AYAM PANGGANG

Cara penyediaan kuah:

1. Kisar serbuk gravy ayam bersama air panas.

2. Kemudian tumis bawang holland bersama olive oil. Biarkan sehingga garing.

3. Masukkan kuah serbuk yang dikisar tadi dan masak menggunakan api sederhana.

4. Akhir sekali, masukkan susu full cream, mushroom, butter dan blackpepper. Kacau sehingga sebati, biarkan mengelegak.

Sedia untuk dihidangkan bersama kentang putar. Sedap dan puas hati! Jom cuba.

Baca juga: Nikmat Betul Dapat Makan Pisang Rebus, Ini Cara Buat Macam Orang Dulu-Dulu

Sumber: Facebook Nor Atikah Nazirah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×