Dapur

7 Resepi Perapan Ayam Untuk Stok Seminggu. Tinggal Grill Je, Senang & Sihat!

16.8K
SHARES
resepi perapan ayam

“Cuti-cuti ni makin peninglah nak fikirkan menu memasak… Kita ni kalau boleh nak diet. Apa menu yang simple tapi sedap ye?”

Bukan senang nak diet bila anak-anak dan suami ada dekat rumah kan? Kejap minta masak itu ini, kita pun tak menang tangan.

Bila dah penat tu, kita pun join sekalilah makan jelah apa-apa yang dah dimasak untuk mereka. Dalam hati asalnya nak diet, nak eat clean. 

Kalau ada ibu-ibu yang mengalami dilema begini, bolehlah cuba resepi perapan ayam ni untuk misi kuruskan badan. Mudah pun mudah, nanti bila nak makan terus grill je atas pan atau masuk dalam oven. Sekejap je siap.

Jom kita tengok 7 resepi perapan ayam yang simple dan menarik oleh saudari Fafae Mimie ni.

Sesuai untuk Mama yang busy!

7 Resepi Perapan Ayam Untuk Stok Seminggu. Tinggal Grill Je, Senang & Sihat!

1. Resepi Perapan Ayam Sate

Bahan-bahan:

  • bawang putih
  • halia
  • serbuk cendawan (saya guna sebagai pengganti kiub ayam / serbuk perasa)
  • gula kabung / gula Stevia (yang tak ada boleh tukarkan dengan gula merah / gula biasa)
  • serbuk kunyit
  • jintan
  • ketumbar
  • sedikit garam

2. Resepi Perapan Ayam Cili Kering

Bahan-bahan

  • bawang putih
  • halia
  • serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • cili kering potong
  • sos cili
  • sos tiram

3. Resepi Perapan Ayam Berempah

Bahan-bahan

  • bawang putih
  • halia
  • serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • rempah kari
  • serbuk jintan
  • cili kisar
  • sedikit garam

4. Resepi Perapan Ayam Nasi Ayam

Bahan-bahan

  • bawang putih
  • halia
  • serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • minyak bijan
  • sedikit garam
  • kicap manis

5. Resepi Perapan Ayam Hainan

Bahan-bahan

  • bawang putih
  • halia
  • serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • minyak bijan
  • sedikit garam

6. Resepi Perapan Ayam Black Pepper

Bahan-bahan

  • bawang putih
  • halia
  • serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • lada hitam kisar
  • sedikit garam

7. Resepi Perapan Ayam Mix Herbs

Bahan-bahan

  • bawang putih
  • halia
  • serbuk cendawan (boleh gantikan dengan serbuk perasa ayam / kiub lain-lain)
  • mixed herbs
  • cajun

Simpan Dalam Chiller / Freezer

Saya simpan dalam pek macam ni je senang nak simpan.

Bubuh dalam freezer untuk dijadikan stok frozen. Senang dah siap menu macam ni kan?

Nanti kalau nak masak esok, malam tu keluarkan 1 menu dan letak dekat chiller.

Beginilah Hasilnya, Nampak Sedap!

Bila dah masak, macam ni lah hasilnya…

Ada banyak cara penyediaannya yang boleh kita hidangkan supaya nampak meriah dan menyelerakan.

Sihat pun sihat!

Yang penting, ia amat mudah dan cepat disediakan.

Sesuai juga kalau sediakan menu macam ni untuk bersahur nanti kan?

Tak payah kelam-kabut bangun awal masak macam-macam.

Jom kita cuba sama-sama resepi perapan ayam yang sedap dan berkhasiat ni. Sambil tu boleh diet sekali!

*Resepi perapan ayam ini dikongsikan oleh Fafae Mimie dengan kebenaran. Ia telah disunting dan diterbitkan semula dengan kebenaran. Sebarang pertanyaan berkaitan resepi boleh rujuk post asal beliau di SINI.

Most Popular

To Top
×