Dapur

Resepi Ayam Tandoori Tanpa Pewarna, Lebih Sihat & Anak Pasti Suka!

357
SHARES

Ayam tandoori merupakan antara menu paling sihat yang dipilih apabila melepak di kedai mamak. Memang tak dinafikan memang sedap jika dimakan bersama roti naan dan raita pudina. Jadi, doktor ini kongsi resepi ayam tandoori bersama raita pudina ketumbar yang pasti sedap dan lebih sihat!

Ayam Tandoori by Kamarul Ariffin Nor Sadan

Hari tu ada yang tanya saya, ada tak resepi ayam yang #pilihsihat. Ada! Hari ni kita masak Ayam Tandoori (tanpa pewarna).

Bahan-bahan:

2 bahagian pinggul ayam

200ml greek yogurt (tanpa perisa)

2 sudu besar serbuk cili/paprika

½ sudu kecil serbuk jintan putih

½ sudu kecil serbuk kunyit

½ sudu kecil serbuk ketumbar

½ sudu kecil garam masala

1 biji limau nipis

5 ulas bawang putih

1 inci halia

1 ikat daun pudina

1 ikat daun ketumbar

½ bawang besar

garam

Cara-cara:

1.Ayam ni saya buang kulit dan lemaknya, kemudian kelar-kelar agar perapan masuk ke dalam serta lebih cepat masak.

2.Ni bahan segar. Bawang putih dan halia, kita tumbuk atau kisar halus. Kemudian, daun pudina dan daun ketumbar pun tumbuk halus.

3.Ini bahan-bahan serbuk. Garam masala tu, kalau tak ada pun tak apa. Kalau nak cari garam masala, pergi sahaja ke pasar raya, cari di bahagian rempah. Biasanya ada dalam botol kaca kecil-kecil. Saya tak suka pedas sangat, kalau kurangkan serbuk cili nanti warna pula tak cantuk jadi saya ganti serbuk cili kepada serbuk paprika. Paprika = Capsicum = tak pedas.

4.Yogurt! Nak sedap, guna Greek Yogurt. Kalau tak jumpa, plain yogurt biasa pun boleh. Jangan risau, menjadi juga nanti. Yogurt ni bukan berasal dari sana.

5.Letak ayam dalam mangkuk, perah separuh limau nipis. Orang kata, limau ni akan melembutkan ayam. Tengok tangan saya tu, lembut dan gebu, kan? Sebab kena jus limau nipis masa potong limau tu tadi.

6.Letak 3-4 sudu yogurt. Yogurt yang saya beli tu, 200ml. Saya gunakan separuh. Separuh lagi simpan dahulu. Nanti nak guna.

7.Masukkan bawang putih dan halia yang kita dah tumbuk halus tadi. Kemudian, masukkan semua rempah serbuk kita tadi, berserta dengan garam secukup rasa.

8.Gaul gaul gaul! Pastikan perapan masuk dicelah kelaran ayam tadi. Perap untuk beberapa jam. Nak perap semalam pun OK!

9.Dah siap perap. Panaskan pan grill atau kuali tidak lekat! Buka api sederhana. Minyakkan dia. Tipis-tipis je minyak tu. Jika nak pakai oven, panaskan oven 180°C. Bila dah panas, panggang untuk 45-60minit (bergantung pada saiz ayam).

10.Saya pakai pan grill je. Letak ayam atas pan grill! Berendut ayam ni atas pan grill, dan keadaan semakin panas antara mereka. Bukan kehangatan asmara, tetapi hangat api dan serbuk cili. Biarkan selama 5 minit setiap belah. Api sederhana.

11.Bolak balikkan ayam ni setiap 5-10 minit supaya tak hangus. Siapa yang guna oven tu, jangan lupa terbalikkan ayam juga setelah 20-30 minit memanggang.

12.Trick untuk ayam nampak merah tanpa guna pewarna adalah sapukan minyak yang digaul dengan serbuk cili setelah ayam separa masak. Kalau nampak kering, sapu minyak bercili ni.

13.Semasa tunggu ayam perap tadi, saya sediakan raita. Raita ni sedap gila makan dengan Ayam Tandoori. Campurkan bawang putih, halia, daun pudina, daun ketumbar yang kita dah tunbuk halus tadi. Letakkan secubit garam.

14.Kemudian baham tumbuk tu campurkan dengan baki yogurt yang masih ada tadi, dalam mangkuk. Dah siap raita pudina ketumbar kita. Nak segar lagi, perah sikit limau nipis.

15.OK! Ayam dah masak! Kita hidang dengan raita macam ni! Hiaslah sedikit dengan daun ketumbar, bawang besar, potongan limau nipis! Ayam berempah, diperah limau nipis, cicah dengan raita pudina. Memang menyelerakan!

*Selamat mencuba!

Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×