Dapur

Resepi Ayam Bakar Paling Simple & Sedap Sangat. Ala-ala Dominos Gitu!

17.2K
SHARES

“Boringlah hari-hari masak ayam goreng. Lauk pun ulang-ulang yang sama je. Apa lagi resepi ayam yang simple tapi sedap ye?”

Musim-musim cuti begini memang Mak-mak makin rajin ke dapur.

Kalau boleh nak sediakan hidangan yang sedap tapi mudah dan cepat. Jadi dapatlah Mak-mak luangkan lebih masa dengan keluarga.

So, apa kata cuba resepi ayam bakar ala Dominos yang sangat simple hasil perkongsian oleh Puan Fiza Sezali ini.

Cukup mudah tapi nampak sangat menyelerakan!

Resepi Ayam Bakar Ala Dominos Paling Simple & Sedap Sangat

Bahan-bahan

  • Ayam sekilo (Saya guna bahagian drumstick tapi boleh guna seekor ayam tak kisah apa-apa bahagian)
  • 120g sos cili
  • 120g sos tomato
  • 120g sos tiram (yg ni saje2 makcik tambah)
  • 2sb madu (yg ni pon makcik tambah)
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar garam
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar lada hitam
  • 2 ulas bawang putih di tumbuk lumat
  • 60g butter

Cara-cara

1. Masak Semua Bahan

Mula-mula, satukan semua bahan dalam periuk (kecuali ayam) dan masak atas api hingga butter cair.

2. Sejukkan Bahan

Kemudian bila dah siap masak, sejukkan sekejap.

Sambil tunggu sos perapan tu sejuk sikit, bolehlah kita bersihkan ayam, cuci dan toskan.

3. Perap

Ambil sos perapan yang dah sejuk tadi dan bolehlah lumur pada ayam dan letak sedikit minyak.

Biarkan ia diperapkan sebentar (kalau lagi lama lagi sedap).

4. Bakar

Akhir sekali bakar suhu 180°-200° ikut oven masing. Guna api atas bawah.

Saya bakar dalam lebih kurang 30-40 min atau ikutlah nak garing mana ya.

Kalau suka garing boleh lebihkan masa bakar tu.

resepi ayam bakar

Siap!

Mudah kan?

Beginilah hasilnya bila dah siap…. Memang cukup menyelerakan. Makan dengan nasi dan salad pun dah cukup sedap. Ratah saja pun ok sangat ni!

Resepi ayam bakar ni memang patut dicuba.

Baca juga : Cara Buat Ayam Panggang Ala Kenny Rogers. Simple Tapi Sedap!

resepi ayam bakar

Kalau nak senang boleh prepare siap-siap sebelum tidur, dan esoknya boleh terus bakar. Senang sikit kerja Mak-mak di rumah kan?Simple, sedap dan sangat mudah disediakan!

Anak-anak pun mesti suka bila sesekali ubah selera.

Selamat mencuba!

*Kredit Resepi : Fiza Sezali

 

Most Popular

To Top
×