Cuti-cuti begini tentu ada yang teringin nak cuba resipi yang ‘special’ sedikit untuk keluarga, bukan?
Jadi, apa kata anda cuba resipi ayam panggang ala Kenny Rogers yang mudah ini. Walaupun nampak ‘simple’ saja, tapi hasilnya amat menggiurkan. Anak-anak tentu suka!
Resepi Ayam Panggang Ala Kenny Rogers
Berikut adalah resipi ayam panggang istimewa hasil air tangan Puan Herda Johan.
Bahan-bahan:
1) Seekor ayam 1kg+
Bahan Kisar:
2) 2 biji bawang besar
3) 4 ulas bawang putih
4) 1 inci halia
5) 1 kiub ayam knorr / maggi
6) 2 sudu serbuk lada hitam
7) 1 senduk kecil sos black pepper
8) garam 1 sudu teh
9) gula 1 sudu makan
10) air 100ml
Bahan Perap:
11) 2 sudu madu (optional)
12) 3 sudu minyak zaitun
13) 2 sudu besar mixed herbs @ daun oregano
Cara Memasak Ayam Panggang Ala Kenny Rogers
1. Potong & Bersihkan Ayam
Mula-mula, bersihkan ayam. Anda boleh potong 4 atau tak payah potong.
Jika ia tak dipotong, jangan lupa masukkan sedikit bahan perapan ke dalam ayam nanti.
2. Kisar Bahan
Kisarkan semua bahan yang bernombor 2-10 seperti dalam senarai di atas menggunakan ‘blender’.
3. Perapkan Ayam
Campurkan bahan perap iaitu madu, minyak zaitun, dan mixed herbs / oregano bersama bahan kisar dan gaulkan di dalam bekas.
Tuang semua bahan ini ke dalam ayam dan lumur rata. Tutup bekasnya dan perap dalam 2 jam dalam peti ais di bahagian chill.
4. Masak
Terdapat 2 cara untuk memasak ayam panggang ini. Pilihlah yang mana mudah dan sesuai dengan selera masing-masing.
A) Periuk High Pressure / Pemanggang Ajaib
Kalau menggunakan periuk jenis ini atau yang seangkatan dengannya, anda boleh memasak ayam tadi selama 30 minit. Selepas itu, ‘stir fry’ dengan sedikit minyak di atas kuali untuk mendapatkan hasil kerangupan dan rasa panggang yang sedap.
B) Ketuhar / ‘Oven’
Jika anda ingin menggunakan ‘oven’, panaskan pada suhu 180’c-200’c. Gunakan api atas bawah. Bakar selama 1 jam – 1 1/2 jam sehingga masak. Selepas 1/2 jam pertama, siram ayam dengan kuah perapan dan tuang minyak sedikit supaya ayam tidak kering.
*Suhu ‘oven’ bergantung pada saiz oven. Kalau saiz ‘oven’ lebih besar, gunakan suhu yang lebih tinggi.
5. Siap!
Apabila siap, bolehlah cuba lihat isi dalamnya sama ada cukup masak. Aromanya memang harum, lebih-lebih lagi dengan campuran pelbagai rempah.
Sekarang dah boleh dihidangkan. Mudah, bukan?
Selamat Mencuba!
Memang ‘simple’ saja resepi ayam panggang ala Kenny Rogers ini rupanya. Tak perlu banyak langkah, cuma perlukan sedikit persediaan awal kerana akan mengambil masa untuk memerap ayam.
Apapun, hasilnya memang istimewa, sesuai juga untuk majlis-majlis keramaian!
*Perkongsian asal resepi ayam panggang ala Kenny Rogers oleh Puan Herda Johan melalui Facebook beliau ini diterbitkan semula dengan kebenarannya.