Dapur

6 Petua Goreng Ayam Supaya Empuk Dan Tak Berdarah

7.2K
reads

“Ish, aku ingatkan senang je goreng ayam ni, macam goreng nugget. Tapi rupa-rupanya tak semudah itu. Kerat punya kerat ada darah lagi kat dalam! Aduh terbantut selera nak makan. Nasib baik suami belum balik lagi. Boleh aku tanya Mak petua goreng ayam yang betul.”

Nampak memang mudah bukan? Tapi sebenarnya menggoreng ayam pun ada teknik dan cara yang perlu anda fahami supaya isinya benar-benar masak. Kalau terlalu cepat diangkat, boleh jadi mentah. Tapi, kalau terlalu lama pula boleh menyebabkan ianya menjadi sedikit keras dan kurang enak.

Ayam yang berdarah dan masih mentah dapat menjadi pembawa bakteria salmonella dan virus berbahaya. Bukan itu saja, melihatnya saja boleh menjejaskan selera.

Maka, ini 6 petua goreng ayam yang anda perlu cuba untuk mendapatkan hasil yang sempurna.

petua goreng ayam

Foto Kredit: epicurious.com

6 Petua Goreng Ayam Supaya Empuk, Rangup Dan Tak Berdarah

Berikut adalah petua goreng ayam yang sempurna supaya tak berdarah dan empuk apabila dimakan.

1. Pastikan Potongan Tak Terlalu Besar

Pertamanya, anda perlu melihat saiz ayam yang ingin dimasak, terutamanya pada bahagian bertulang seperti peha (drumstick) dan kepak (wings).

Jadi, pastikan potongan pada bahagian ini tidak terlalu besar untuk mengelakkannya berdarah.

Foto Kredit: finecooking.com

Foto Kredit: finecooking.com

2. Mengelar Atau Merebus Terlebih Dahulu

Jika anda lebih sukakan potongan ayam yang besar, apa yang boleh dilakukan adalah dengan menusuknya dengan garfu atau mengelar bahagian ayam tersebut supaya ia masak dengan sempurna.

Selain itu, anda boleh juga merebus atau mengukus ayam terlebih dahulu sebelum menggorengnya.

Foto Kredit: foochia.com

Foto Kredit: foochia.com

3. ‘Defrost’ Ayam Beku Terlebih Dahulu

Jangan terus menggoreng ayam yang baru saja dikeluarkan dari bahagian ‘freezer’. Walaupun kelihatan tidak berais, suhu yang sejuk ini mengambil masa untuk mengembalikan ayam ke suhu bilik. Kalau terus digoreng, kebarangkaliannya untuk masak di bahagian luar saja adalah tinggi.

Maka, pastikan anda keluarkan ayam yang hendak digoreng tadi awal-awal dan rendamkannya dalam air suam buat sehingga lembut atau ‘defrost’ terlebih dahulu dalam ‘microwave’.

Foto Kredit: raovatdalat.vn

Foto Kredit: raovatdalat.vn

4. Guna Minyak Yang Banyak

Untuk mendapatkan hasil gorengan yang sempurna, pastikan anda mengisi minyak yang banyak sehingga menutupi kesemua bahagian ayam dalam kuali.

Dengan cara ini, secara automatiknya proses pemanasan akan lebih merata sehingga daging ayam akan masak sempurna dan tidak berdarah.

petua goreng ayam

Foto Kredit: reference.com

5. Guna Api Sederhana

Bagi memastikan ayam masak dengan sempurna hingga ke bahagian dalam, lebih baik memasak dalam suhu api yang kecil atau sederhana.

Jika api terlalu besar, bahagian luar akan terlalu cepat masak atau mungkin hangus walaupun bahagian dalamnya masih belum masak sehabisnya.

Foto kredit: foodandtools.com

Foto kredit: foodandtools.com

6. Masukkan Bahagian Bertulang Terlebih Dahulu

Bahagian yang mempunyai ‘joints’ atau tulang-tulang bersambung dan lebih cenderung mengeluarkan darah tadi sepatutnya dimasukkan terlebih dahulu semasa mula menggoreng. Kemudian, barulah diterbalikkan ke bahagian yang kurang berisiko agar ia masak dengan sempurna.

petua-goreng-ayam-2

Foto kredit: pepsieliot.com

Hasil Gorengan Yang Lebih Menyelerakan!

Dengan mengamalkan petua goreng ayam yang tepat, mudah-mudahan penampilan dan rasa ayam akan menjadi lebih nikmat serta menyelerakan.

Di samping itu, ia juga penting untuk memelihara ayam daripada sebarang penyakit apabila terdapat bahagian yang tidak masak dengan sempurna.

Yang Popular

To Top