Dapur

7 Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Lepas Memasak

110
SHARES

“Alhamdulillah setel sudah makan malam. Tapi dari tadi aku bau ‘something’ kat tangan. Ini yang leceh bila masak guna bawang. Bau kat tangan melekat lama betul! Kalau wangi sedap lah juga. Ish macam mana nak hilangkan bau bawang yang kuat ni padahal aku dah sapu losyen tangan bila selesai masak tadi”

Memang frust bila bau bawang melekat pada tangan dan kuku. Lebih-lebih lagi kalau masak untuk jumlah yang banyak seperti kenduri atau majlis. Tapi, takkan nak tinggalkan bahan ‘wajib’ ini? Kalau masak hidangan tidak ada bawang, terasa ‘kosong’ dan tidak sedap pula rasanya.

Tahukah anda sebenarnya ada tips dan petua pantas untuk hilangkan bau bawang pada tangan lepas memasak?

Foto Kredit: sretnazena.com

Foto Kredit: sretnazena.com

7 Cara Hilangkan Bau Bawang Pada Tangan Lepas Memasak

Ini 7 cara hilangkan bau bawang yang paling berkesan dan praktikal.

1. Gosok tangan pada permukaan stainless steel

Gosok tangan pada sink stainless steel sambil lalukan air pada tangan. Paling mudah, gosok tangan pada sudu sambil lalukan air pada atas tangan beberapa minit. Partikel kromium pada stainless steel meneutralkan molekul sulfur yang menaikkan bau bawang.

hilangkan bau bawang

Foto Kredit: meltya.info

2. Lumur dengan pes garam

Ambil satu sudu garam dan letakkan pada tangan. Tambah sedikit air untuk membentuk pes dan gaul pada tangan yang berbau bawang. Biarkan beberapa minit sebelum bilas. Bukan sahaja hilang bau bawang malah garam bertindak sebagai skrub menjadikan tangan lebih lembut dan halus.

Namun, elak mengguna garam jika terdapat luka pada tangan kerana teksturnya yang kasar boleh menyakitkan tangan. Gantikan dengan gula.

Foto Kredit: csinifix.hu

Foto Kredit: csinifix.hu

3. Soda bikarbonat

Soda bikarbonat dan serbuk kopi adalah antara bahan penyah semula jadi yang berkesan untuk menghilangkan bau. Sapukan bahan-bahan ini pada tangan.

4. Rendam tangan dalam jus tomato

Jika tidak sukakan tekstur yang kasar dan keras seperti garam mahupun gula, anda boleh gunakan cecair seperti jus tomato. Rendam tangan selama lima minit dan cuci.

Jika tiada jus tomato, boleh juga gunakan jus lemon, cuka mahupun penyegar mulut seperti Listerine.

5. Lumur tangan dengan lepa kacang

Letak sedikit lepa kacang (peanut butter) pada tangan dan sapu sekeliling tangan. Biarkan seketika sebelum membilas dengan air bersih.

Jika kurang selesa dengan tekstur kacang lepa yang berminyak, boleh gantikannya dengan ubat gigi.

Foto Kredit: bracpet.com

Foto Kredit: bracpet.com

6. Ramas buah oren

Buang kulit dan potong buah kepada dua bahagian. Ramas sehingga hilang cecair daripada buah oren. Gunakan kulit oren pun berkesan juga.

Bau bawang akan hilang dan digantikan dengan bau sitrus yang harum.

Petua hilangkan jerawat

7. Balut dengan pita pelekat

Bagi yang tidak suka mengguna bahan-bahan di atas, bolehlah mencuba cara ini iaitu membalut tangan dengan pita pelekat. Biarkan dalam 30 minit dan tanggalkan pita. Bau yang kuat akan meresap ke pita pelekat.

Foto Kredit: wikihow.ru

Foto Kredit: wikihow.ru

Tidak susah bukan?

Hanya guna bahan yang berada di persekitaran untuk hilangkan bau bawang yang kurang menyenangkan. Bukan sahaja senang didapati malah dapat menghilangkan bau dengan cepat tanpa mengguna bahan kimia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×