Dapur

Aneka 5 Resepi Pancake Paling Mudah, Cepat Dan Lazat

622
SHARES

Pancake atau lempeng adalah antara hidangan yang paling mudah untuk dibuat. Menurut sejarah, ia juga antara jenis makanan yang paling awal dihasilkan oleh manusia daripada segenap benua.

Maka, tidak hairanlah terdapat pelbagai jenis pancake atau lempeng yang boleh didapati sama ada di dalam negara mahupun luar negara. Ini bergantung kepada bahan yang digunakan dan mudah didapati di tempat-tempat tertentu.

Di Malaysia, lempeng lebih sinonim kepada jenis tradisional yang dimakan dengan kelapa parut, kuah gulai, sambal, mahupun gula. Pancake pula merujuk kepada jenis lempeng yang selalu didapati di negara Barat. Biasanya ia lebih gebu dan manis.

Selain dimakan dengan lepaan jem, kuah, atau manisan, ia juga boleh dibungkus dan dimasukkan inti di dalamnya.

Mari kita ikuti beberapa resepi pancake yang mudah untuk anda buat di rumah. Sesuai untuk seisi keluarga, terutamanya apabila dimakan panas-panas.

Resepi Pancake 1: Pancake Gebu

Inilah resepi pancake kegemaran anak-anak tuan punya reseipi. Biasanya dimakan dengan maple syrup atau aiskrim. Memang mudah sangat cara membuatnya. Bau pun naik wangi satu dapur!

Walaupun cara membuatnya sangat ‘simple’ tapi, ianya yang sangat sedap dimakan untuk sarapan mahupun sebagai kudapan minum petang. Rasanya, lebih kurang sama dengan kaya ball, namun ianya lebih besar dan puas dimakan.

Jom kita tengok resepinya.

pancake 1

Bahan-bahan

  • 115g Tepung Gandum
  • 1 sudu kecil (5ml) Soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil (5ml) Krim tartar
  • 25g Butter
  • 1 biji Telur
  • 150ml Susu Segar
  • 1 sudu besar Gula
  • Secubit Garam
syrup

Maple syrup yang selalu dimakan dengan pancake.

 

blueberry

Ini pula blueberry syrup. Berbeza dengan jem, syrup ini lebih cair dan mudah dimakan dengan pancake atau waffle.

Untuk yang bertanya, ini gambar krim tartar. Ianya serbuk putih. Cari saja di bahagian barang kek, mesti jumpa.

tartar

Cara-cara

1. Campurkan tepung dan soda & krim tartar – kalau rajin ayaklah. Tapi selalunya saya gaul terus, sebab malas nak ayak.

2. Masukkan butter sampai berderai macam serbuk roti – jgn di gaul terlalu lama nanti berketul macam doh.

3. Lubangkan ruang di tengah adunan tepung. Kemudian, masukkan telur (yang telah di pukul dulu sedikit) dan selepas itu campurkan susu. Gaul sebati.

4. Tuangkan sesenduk adunan ke atas kuali pancake yang panas dan di lenser dgn sedikit minyak. Along guna kuali pancake bersaiz 5 inci diameter, jadi semua pancake akan sama besar.

5. Masak sehingga ada buih2 udara & tunggu sehingga buih2 tu pecah baru di terbalikkan.

6. Siap. Hidangkan dengan manisan kegemaran anda – maple syrup, madu, mentega atau aiskrim. Makan panas-panas ya, baru sedap!

*Resepi asal oleh alongroz dari MyResepi (http://www.myresipi.com/recipes/3437-pancake)

 

Resepi Pancake 2: Blueberry Pancake

Berbeza dengan pancake di atas, pancake ini mempunyai perasa blueberry daripada jem blueberry.

Menariknya, anda juga boleh menggunakan jem lain untuk mempelbagaikan rasa, seperti jem strawberry, jem nanas, ataupun kaya. Bergantung kepada kreativiti masing-masing.

Mari ikuti resepi pancake ini.

crop pancake

Bahan-bahan

  • 100g jem blueberry
  • 2 biji telur
  • 120g tepung gandum – ayak
  • 1 sudu besar susu tepung -ayak
  • 1 sudu kecil baking powder – ayak
  • 2 sudu besar air
  • 40g mentega cair
  • 40g gula

Cara-cara

  1. Masukkan telur, gula, air dan jem ke dalam mangkuk.Kacau sekejap dgn “hand whisk”.
  2. Masukkan mentega cair. Kacau lagi.
  3. Masukkan 1/3 daripada bahan yang telah diayak ke dalam mangkuk tadi. Kacau lagi.
  4. Masukkan lagi yg selebihnya. kacau cepat-cepat supaya tak berketul.
  5. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak atau mentega.
  6. Ambik 1 senduk adunan tadi. Letakkan ke dalam kuali yg telah panas.
  7. Apabila dah nampak lubang-lubang pada permukaan pancake, bolehlah balikan pancake ke permukaan satu lagi. Biarkan sehingga masak.

Nota:

  1. Pancake ini dah ada rasa manis. Sesuai dimakan begitu saja atau dengan mentega.
  2. Perlu masak dengan api perlahan untuk mengelakkan dari cepat hangus.
  3. Ada yang lebih suka ‘blend’ semua bahan-bahan tu. Terpulanglah pada masing-masing. Saya buat ikut cara di atas.

*Resepi asal oleh yani dari MyResepi.com (http://www.myresipi.com/recipes/11805-blueberry-pancake)

 

Resepi Pancake 3: Potato Pancake

Resipi paling senang untuk dimasak dan enak dimakan bersama sambal ikan bilis ataupun kari.

Pancake versi kentang ini tentunya memberi kelainan dalam masakan anda. Mana tidaknya, kentang yang digunakan akan memberi rasa lemak yang enak.

Jadi, sekali-sekala bolehlah tukar selera dan gabungkan bahan berkhasiat ini dalam hidangan pancake anda.

Seperkara lagi, lempeng jenis ini sangat sesuai dimakan dengan manisan mahupun sambal. Dua-dua sesuai!

pancake potato

Bahan-bahan

  • 4 biji kentang (yang direbus dan dilecek)
  • Tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 1 camca serbuk penaik
  • 1/2 cawan susu cair
  • Sedikit garam
  • Sedikit air

Cara-cara

  1. Pukul telur, susu dan garam. Masukkan kentang.
  2. Campurkan tepung dan sebuk penaik. Kacau sehingga sebati dan jangan terlalu cair atau pekat. Agak-agaklah sendiri.
  3. Panaskan kuali leper kemudian sapu dengan sedikit minyak. Tuangkan sedikit bancuhan tadi dalam satu senduk. Biarkan sehingga masak dan terbalikkan.

*Resepi asal oleh mysha dari MyResepi.com (http://www.myresipi.com/recipes/1179-potato-pancake)

 

Resepi Pancake 4: French Pancake (Crepe)

Baiklah, ini lagi satu kelainan yang anda boleh cuba dengan resepi pancake.

Menurut tuan punya resepi ini, sebenarnya French pancake ini juga ala-ala lempeng, tetapi jenis yang nipis. Ia juga disebut crepe.

Ia paling sesuai digabungkan bersama keju cheddar, cendawan, atau tuna.

Memang unik, tapi sangat sedap. Sekali rasa, pasti anda akan nak mencubanya lagi.

crepe french pancake

Bahan-bahan

  • 1 cwn tepung gandum
  • 3/4 cwn susu segar
  • 1/2 cwn air
  • 2 biji telur
  • 3 sudubesar minyak masak atau butter cair
  • 1/2 sudu kecil garam

Pilihan Inti 1:

  • keju cheddar + cendawan dalam tin + tuna dalam tin

Pilihan Inti 2:

  • pisang + nutella atau cokelat sos & makan bersama fresh cream

Pilihan Inti 3:

  • lemon + gula

Cara-cara

  1. Crepe prep:- masukkan semua bahan dalam bekas, kacau sebati. tapiskan adunan untuk lebih licin dan lembut. Perap 30-1jam dlm fridge.
  2. panaskan pan crepe atau kuali leper yg besar. sapu sedikit minyak. masak crepe selama 2-3 min. ulangi process hingga semua bancuhan habis. Crepes yg dah masak boleh letak bertindan, insyaAllah tak melekat. tutp dalam cling film , simpan dalam fridge sehinga 3 hari. Atau bole juga simpan dalam freezer.
  3. Serving:- Panas pan, sapu dengan butter. letakkan sehelai crepe, ratakan filling. Lipat 2. Sapu butter lagi. Lipat lagi untuk bentukkan 3 segi. Hidang panas2.
  4. note: kalau suka yg garing, sebaikknya prepare kulitnya sehari awal. dan juga masak lama skit masa taruk filling .
  5. crepe with cheese + mushroom + tuna

*Resepi asal oleh joayee dari MyResepi.com (http://www.myresipi.com/recipes/3667-crepes)

 

Resepi Pancake 5: Pancake Spring Roll

Pancake ala popia ini mempunyai inti di dalamnya. Berbeza dengan kulit popia yang rangup atau popia basah, kulitnya ini lebih lembut dan mengenyangkan.

Selain sesuai dihidangkan untuk minum petang, anda juga boleh menjadikannya hidangan tengahari bagi yang ‘diet’. Mudah dimakan dan dibawa ke pejabat.

pancake spring roll

Bahan-bahan

PANCAKE

  • 1 cawan (130gm) tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 2 sudu besar gula
  • 1 biji telur dipukul perlahan
  • 1 cawan(240ml) susu (susu segar/susu sejat)
  • 2 sudu besar mentega-dicairkan

INTI DALAM

  • 2 biji Telur dipukul seperti telur dadar
  • 1 Batang Karot diricih halus
  • 2 biji Kentang dicincang memanjang
  • Pati Ayam
  • Daun Sup & daun bawang dicincang
  • Bawang merah 2 ulas dicincang dadu
  • bawang putih 2 ulang dicincang dadu
  • Black pepper
  • garam secukup rasa

Cara-cara

PANCAKE

  1. Adunkan semua bahan dan pukul sampai rata.
  2. Layangkan di atas kuali (sebaiknya non-stick pan). Buat bentuk bulat dan kawal ketebalannya.
  3. Ulang sampai habis tepung.

INTI DALAM

  1. Goreng sayur carrot, kentang, bawang dadu & daun sup + daun bawang sampai masak. Tapi jangan goreng terlalu lama sampai lembek sayurnya. Nak masukkan sayuran segar seperti salad pun boleh.
  2. Jangan lupa perasakan dengan garam dengan pati ayam sikit. Siap dan asingkan dalam bekas.
  3. Goreng telur dadar senipis-nipisnya. Macam buat lempeng tadi.
  4. Apabila dah siap semua bahan, mulakan aktiviti menggulung. Ambil lapisan crepe, letakkan lapisan telur, kemudian susun inti atas telur.
  5. Boleh taburkan sedikit blackpepper dan gulung macam popia basah. Kalau nak pedas bolehlah letakkan cili sos. Boleh juga letakkan mayonis atau sos salad kegemaran anda.

*Resepi asal oleh attila dari MyResepi.com (http://www.myresipi.com/recipes/17014-pancake-spring-roll)

resepi pancake featured

Mari Pelbagaikan Hidangan!

Wah, ada banyak rupa dan versi sebenarnya ‘pancake’ ini. Walaupun menggunakan tepung sebagai bahan asas, gabungannya dengan bahan-bahan lain tentu dapat mengetengahkan rasa yang berbeza.

Jadi, jom kita cuba semua resepi pancake yang disenaraikan di atas. Semuanya mudah, tapi sedap-sedap belaka!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×