Dapur

Resepi Lempeng Nasi Ekspres, Sesuai Untuk Si Kecil Yang Dah Bosan Makan Nasi

151
SHARES

“Aduhaii, si kecil ni tak nak makan nasi pula..mesti dia dah bosan hari-hari makan menu sama je..”

Perkara yang paling merunsingkan para ibu adalah apabila anak enggan makan. Selalunya, si kecil memang cepat bosan dengan menu yang sama setiap hari. Jadi, ibu-ibu mestilah kreatif untuk mencipta menu baru yang berkhasiat supaya anak dapat nutrisi untuk bantu tumbesaran mereka. Jadi, ibu ini kongsi resepi lempeng nasi yang mudah dan cepat, anak mesti suka!

LEMPENG NASI

Al kisahnya si Lempeng Nasi untuk si manja. Hmm.. Dekat seminggu si omei-omei mommy reject nasi.. makan tu makan tapi eee… Luah.. penyek.. tenyeh-tenyeh… Dia pi kutip pula yang dia luah. Dah bagi dah pinggan dan makanan khas tuk dia. Dia buat kipas-kipas nasi ke makanan tu sambil masuk mulut juga. Ye faham tu bagus tuk proses perkembangan psikomotor dia. Memula adik taiko.. Last-last kakak pula ikut.. Mommy tak marah okay.. Tapi mommy is stresss nak sental balik… Hahahha.. Tapi takpe.. Comeiii semua tu.. So mommy tetap kata nasi tu lagi kenyang.. So kita main sorok-sorok nasi.. Try buat lempeng nasi pula..

RESEPINYA ADALAH:

2 cawan nasi

1 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan ikan bilis

2 cawan air

CARA-CARA:

Semua bahan ni blend hancur.

Ratakan kuali non stick ngan sedikit minyak. Amik sesenduk adunan buat la macam lempeng..

Bagi garing sikit takpe.. cuba ek.. mommy semua jangan gibab! Dah Siap!

Sumber: Resepi Rara Sakura

Most Popular

To Top