Pancake merupakan antara juadah sarapan yang menjadi kegemaran orang Barat. Mana tidaknya kalau kita tengok sahaja dalam filem, pasti akan terliur dengan resepi pancake yang kelihatan gebu dan dimakan bersama mentega dan caramalized sugar. Kalau di Malaysia, antara pancake yang menjadi kegilaan ramai sudah semestinya yang dijual di sarapan pagi McDonalds. Tapi, sudah banyak resepi pancake dah dicuba tak menjadi!
Jadi, inilah masanya untuk anda buat sendiri pancake gebu seperti di McD dan makan di rumah! Selamat mencuba!
Baca juga: 6 Resepi Kek Guna Air Fryer, Tiap-Tiap Hari Boleh Buat Kek!
RESEPI PANCAKE CONFIRM JADI ALA MCD
Bahan-bahan:
-1 cawan tepung gandum
-2 sudu baking powder
-1 cawan susu segar
-3 sudu gula
-1 sudu kecil garam
-1 sudu kecil esen vanilla
-1 biji telur
-2 sudu butter
Cara buat:
1. Masukkan semua bahan dalam bekas dan pukul sebati. Paling mudah masukkan dalam blender je.
2. Panaskan kuali non-stick dengan api yang perlahan. Sendukkan aduan tadi ke dalam kuali non-stick dan biar sampai dia berlubang-lubang sepenuhnya dan balikkan. Siap!
Boleh dapat dalam 6-7 keping pancake.